Jiwa yang remuk.

Angin pagi menyapu sepi pipi. Sejuk. Nyaman terasa membeku tulang-belulang. 
Jam 4.50 pagi masih lagi berjaga. Membuat kerja-kerja yang masih tertangguh. Cuti juga masih berbaki sehari lagi. Mata payahnya mahu pejam. Apabila fikiran terlalu memberatkan soal dunia ini, sungguhnya memang sukar lelap.

Ya Rahman, kekuatanku hampir tipis mengharung kehidupan ini. Sepanjang tempoh dua tahun ini begitu banyak mengajar aku. Ajar aku erti hidup yang bermakna, hidup yang banyak memberi berbanding menerima.

Ya Rahman,hatiku berombak. Imanku ada naik dan ada turunya.
Aku penat dan lelah dengan sikap manusia. Sungguh, aku penat.

Mereka tidak faham segala isi hatiku. Mereka tidak berada di tempatku.

Aku berduka. Sedih terasa makin dalam. Mengapa mereka begitu? Menyalahkan orang lain sedangkan salah itu tetap ada pada mereka. Hebat sungguh mereka menunding jari melepaskan bebanan mereka semata.

Ya Rahman, aku sudah hampir berputus asa. Sudah mahu jatuh dan tak mahu bangun. Pintaku hanya kekuatan untuk aku harung jalanan hidup yang keruh ini dan mencari masih adakah jernihnya. Tercari-cari aku di mana ia. Ruang untuk aku berjalan dengan kukuh tanpa rasa goyah sedikit pun. Berjalan dengan penuh yakin. 

Berikan aku kekuatan itu. Kerana aku sudah hampir senget. Sudah hampir rebah.
Berikan kekuatan walaupun hanya sedikit untuk aku tampung segala sopak yang ada. Sopak yang membuat jiwaku nipis dan remuk.

Ya Rahman. 
Ringankan sedikit bebanan ini. 
Bahu semakin berat.


14 Mei 2014,
14 Rejab 1435H.

1 comments:

Unknown said...

Err..ermmm..saje cube try test komen 😁

Post a Comment

 
Copyright © Selimut kehidupan