0

Selamat Tahun Baru 1432 maal Hijrah

Tahun baru menjengah kembali. Kali ini 1432 Hijrah. Tahun lepas penuh kedukaan. Meninggalkan aku dengan ucapan selamat tinggal. Tahun yang penuh kesedihan mengamit hati sehinggakan tak terluah isi hati pedih ini.
Lambaian kebahagiaan datang menyapa diri.


Hari ini aku mulakan dengan senyumam dibibir memberi seribu kebahagiaan. Hari ini rasanya amat lain.
Bahagianya juga lain. Senyumannya juga sedikit lebar berbanding biasa. Damainya hati sedang mentafsir diri.
Jauh ku lontarkan memoir lepas yang ada manis dan pahitnya. Teringat kenangan yang mengajar aku erti kedewasaan. Mengajar aku bagaimana mahu berdiri dengan nama NUR ATHIRAH BT TARMIZY.
Teguh di situ tak mudah berganjak.


Azam baru?


Apa azam baru tahun ini? hmm.. Belajar dengan bersungguh lagi sehingga mendapat apa yang aku mahu.
Senarai azamku:
1. Belajar dengan bersungguh penuh motivasi dalam diri dan tak mudah mengalah.
2. Khatam Al-Quran (selalunya separuh kemudian mula dgn al-baqarah balik)
3. Istiqamah dengan tahajud (selalunya amat sukar krn tidur yg sgt 'khusyuk')
4.Melupakan segala kesedihan,kepedihan, kekecewaan lalu. (sedang berusaha)
5. Mempertingkatkan amalan (ibadah sunat dan sebagainya)


Moga dengan semua azam ini dapat aku buat dengan jayanya walaupun masalah datang menyapa setiap hari.


Hadapi hidup ini dengan tenang.
Jalani hidup ini dengan senyuman.
Langkagh kaki menyatu diri yang utuh dengan semangat tinggi.
Selalu bermuhasabah diri.
InsyaALLAH segalanya dipermudahkan ALLAH..
Amin...
 
Copyright © Selimut kehidupan