0

Hai HATI.

Semalam ianya datang menghambat diri. Fikiran bercelaru dan jiwa bergelora tanpa haluan.
Hai hati, mengapa begini kau jadi? Begitu sakitkah dikau? Apa ubat kau mahu?
Klinik mengesahkan tiada sebarang sakit pada HATI tapi mengapa terasa sakit? Ok, jom tanya pakar di hospital pula. Eh, jawapan sama? Hmm..diam. Fikir. Apa ya?

Lalauan yang diberikan pada HATI kini hambar. Tiada laluan sehala yang ada cuma jalan yang berbengkok dan curam. Oh, bahaya ni! Di mana laluan yang betul hendak dibawa hati ini?

Lalu HATI memberi kawalan dari dalam memberitahu bahawa "bukalah Al-Quran, cari ketenangan di situ. InsyaALLAH kamu akan tenang dan jumpa jalan pulang." Kemudian datang satu suara, "jangan! kamu tidak akan temui jalan di situ. Kamu akan bosan. Berhibur adalah satu jalan terbaik. Jom! " 

Lalu HATI pun setuju. Ya, mahu berhibur. Itu yang terbaik. OK, jom kita berhibur.
"Allahuakbar" hati mengungkap dan terus melakukan solat. Takbiraturihram itu adalah yang terbaik perlu dilakukan. Seusai solat, Al-Quran diambil buat penyembuh HATI yang pedih dan luka yang mendalam sehingga menyebabkan ianya tak mampu meneruskan hidup lagi. Itulah sebaiknya hiburan. Berhibur dengan kalimah ALLAH dan SOLAT. Ya, itulah jawapannya.

Setiap huruf, ayat yang dibaca sungguh gemersik menyulam jiwa yang pedih mengubati lara menerjah HATI. 

Itulah dia HATI. Organ paling penting kerana tanpanya kita tak boleh teruskan hidup. Agungnya ALLAH memberi hati pada kita. Hebat bukan? Ya, hebat tapi sehebat mana kita menjaga hati? 

Tidak mudah mahu menjaga hati. Bukan mudah nak sucikan hati juga. Oleh itu perlu kita jaga HATI ini. Rasulullah s.a.w. bersabda, "sesungguhnya di dalam tubuh anak Adam terdapat  segumpal daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh menjadi baik, dan ia adalah hati".

Mari kita renovated HATI yang telah usang ini. Mari kita bersatu menyucikannya. Tidak mudah tapi boleh. Percayalah.
Cara Perbaharui HATI:
1) Baca Al-Quran selalu
2) Basahi lidah dengan Zikrullah
3) Maafkan orang sekeliling
4) Ingat Allah selalu
5) Muhasabah diri
6) Jadikan tahajud pendinding diri


Berbalik pada diriku. Apa yang menyebabkan aku begini? Terluka kerana seseorang.
Ya, aku faham kau HATI. Kau luka bukan? Yang di atas itulah telah diberikan pada HATI.
Supplement orang kata. Nah, aku dah sembuh! Hebatnya? Bagaiman? Aku lakukan seperti yang di atas.
Memang susah mahu sembuhkan luka dalam ini tapi makin dibiar dan melarat maka makin robeklah ia. Aku manusia biasa (Ah alasan yang biasa ) namun itulah yang terjadi padaku.
Aku fikirkan diri yang juga pernah melukakan orang. Selalu saja kesilapan menyapa diri. Kerap. Aku juga tidak berhak menghukum orang sedemikian rupa. Dia sahabat aku. pernah juga menolong aku tapi kali ini dia melukai aku jadi apa salahnya aku memaafkan dia? Aku bukan Tuhan. Jadi maaf itu sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja. (InsyaALLAH)

Sahabat sekalian,
Ya, memang kita dilukai. Kadang-kadang dengan kata malah perbuatan juga selalu saja.
Tapi ingatlah itu mungkin balasan untuk kita kerana kita pernah melukai sesorang.
Hai, jangan ingat kita sempurna dan tidak pernah melukai. Kita juga manusia. Ingat tu.
Mungkin yang terjadi ini boleh menjadikan kita seorang yang lebih tabah serta sabar.
Jangan memandang di sudut yang negatif dengan hikmah Allah. Allah maha mengetahui mengapa kita diperlakukan begini. Fikirkan yang positif saja. 
Jangan terlalu fikir apa yang kita beri pada orang, banyakkan fikir apa yang orang sudah beri pada kita serta sumbangan mereka. Kalau kita selalu fikir tentang pemberian serta pengorbanan kita pada orang memanglah kita tidak ikhlas namanya itu. Ingat , segala nikmat atas dunia ini Allah yang beri. 

P/s: Saya sayang HATI saya. Anda bagaimana? Jom renovated HATI. Sekian. ^_^


Jom Renovated HATI

0

Tak perlu kata begitu.

Kenapa? 
Terguris hatiku ini dengan katamu.
Tak mungkin aku boleh lupa kata-katamu.
Sekali lagi kau lontarkan sesuatu yang tak ingin aku dengar.
Pedih. Tahukah kau betapa sakit hati ini? 

Kenapa?
Air mata mula nak bergenang.
Menahan ia jatuh. 
Apa salahku?
Beginikah layananmu sahabat?
Maafkan aku. Aku lupa.
Lupa kerna kau jua manusia biasa yang bisa melakukan salah.
Kuingatkan diri ini dengan kata itu.

Kenapa?
Bukan bermaksud aku ingin katakan begitu sahabat.
Kalau menghantar pesanan ringkas sudah memadai.
Pantas jari jemarimu menghantar.
Tidak terfikirkah kau sahabat?

Diam. Hatiku berombak sedih.
Tidak mengapalah. Aku faham. Mungkin kau tidak sengaja.
Aku maafkan kau. Aku tak layak menghukum kau begitu.
Aku bukan tuhan. Tak selayak melakukan sebegitu.
Hati Aku hancur. Macam terbelah. Terkesima melihat penyataan itu.

Sebak hati ini...
 
Copyright © Selimut kehidupan