Assalamualaikum.

Hari ini setelah sekian lama menyepi aku buka blog ini. Melihat apa yang sudah lama aku tinggalkan. Dua tahun lepas aku di sini. Masih belajar, masih mencari. Kini, berlalu sudah dua tahun dengan penuh pelbagai rasa. Sukar aku ingin ucapkan. 
Dalam dua tahun ini juga pelbagai perkara yg berlaku. Sedih, kecewa, gembira semua beralun dlm satu rasa yang membentuk diri aku sekarang. 

Orang kata pengalaman itu mengajar erti kedewasaan sebenar. Benar, itu yang aku rasakan. Beza aku dan dahulu matangnya fikiran dlm membuat keputusan.

Hmm..indah hidup ini. Allah cuba mendidik diri kita. Menjadi insan yg bertaqwa. Selalu ingat padanya. Terima kasih Allah. Alhamdulillah. 

Terakhirnya, mungkin akan aku teruskan menulis andai masa mengizinkn. Masa aku sudah terhad dengan kerja di office. Terasa rindu dengan penulisan. Melihatkan nanti akan adakah perbezaan tulisan ini dengan dua tahun lepas. 

Alhamdulillah. 

Selasa, 13 Mei 2014
13 Rejab 1435H.


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Selimut kehidupan