0

Solatlah Kamu Sebelum kamu Disolatkan

 Salam semua, lama sudah saya tidak update Blog saya. Kesibukan sebagai seorang pelajar membuatkan saya tidak dapat updated blog ini. Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan untuk menulis kembali setelah sekian lama menyepi. Saya perlu lakukan banyak perkara dan telah beberapa perubahan saya buat untuk diri saya ini. Allah telah memberi petunjuk dan hidayah pada saya untuk saya teruskan usaha baru ini. Moga diberkati Allah dan diredhai Allah jalan yang telah saya pilih ini. 
Hari ini Ramadhan ke-17. Nuzul Quran. Istimewanya hari ini keran pada tarikh inilah Al-Quran telah diturunkan kepada Nabi kita untuk umat sepanjang zaman. Ya, Sungguh istimewa kita ini dianugerahkan naskah Al-Quran ini. Jom kita baca Al-Quran. Moga menjadi Al-Quran ini menjadi HATI kita. InsyaALLAH bukan untuk bulan RAMADHAN sahaja tetapi bulan yang lain juga. Baik, kita teruskan tinta ini dengan sedikit perkongsian ilmu yang baru saja saya dapat hasil dari pembacaan. 
Ramadhan 17: Ada 15 seksaan org yg meninggalkan solat.
6 seksaan di dunia. 3 seksaan ketika di hujung nyawa. 3 seksaan ketika dlm kubur. 3 seksaan di hari kiamat. Mari kita menunaikan solat. Kita puasa tp tak solat. Alangkah sia-sianya kita hanya sekadar lapar dan dahaga. Tanpa menunaikan solat maka resahlah jiwa kita gundahlah hati kita. Selamat Berpuasa.
6 seksaan di dunia:
1.usianya tiada keberkatan
2. Dihilangkan tanda2 org yg soleh drpd wajahnya
3. Tiada pahala setiap amalan yg dikerjakan
4. Doanya sia2 krn tak dimakbulkan ALLAH
5. Semua makhluk di dunia m'bencinya
6. Tidak menerima bahagian dr org yg soleh

3 SEKSAAN ketika nyawa di hujung:
1. Matinya dlm kehinaan
2. Matinya dlm keadaan yg terlalu lapar
3. Matinya dlm keadaan yg sgt dahaga

3 SEKSAAN ketika dlm kubur:
1. Kuburnya disempitkan
2. Dibalik-balikan dirinya di dlm bara api yg dinyalakan
3. Ular yg dinamakan Shajkul Akrak akan menyeksa si mayat hingga kiamat

3 SEKSAAN di hari kiamat:
1. Malaikat akan m'heretnya dlm keadaan hina masuk ke neraka
2. Mendapat kemurkaan ALLAH dlm keadaan hina
3. ALLAH akan m'hisabnya dgn berat dan terus dihumban ke neraka.
Jadi, kawan-kawan mari kita tunaikanlah SOLAT kerana solat itu adalah ibadah pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Jagalah diri kita dengan solat. (peringatan untuk diri sendiri)
Sumber: (GenQ,2011)
0

Para Sahabat Nabi S.a.w.

Dua minggu lepas kelas saya ditugaskan untuk membuat assignment tentang sahabat-sahabat nabi.Saya tertarik dengan pembentangan kumpulan sahabat saya yang memilih Bilal Bin Rabah sebagai tajuk pembentangan mereka. Saya tertarik dengan cerita tentang beliau. Sungguh terharu. Diseksa di grurun panas oleh tuannya supaya meninggalkan agama Islam dan kembali kepada agama asalnya.Namun, Bilal tetap berkera tidak mahu meninggalkan Islam. Cintanya terhadap Islam sungguh kuat dan mendalam dan beliaun hanya menyebut "ahad" iaitu Allah Tuhanku.


Pembentangan mereka juga diselitkan dengan lagu Bilal Bin Rabah yang telah dinyanyikan oleh kumpulan nasyid All OneDi bawah ini adalah lirik lagu Bilal Bin Rabah:

Suara Muazin terdengar memanggil insan menyembah ALLAH
sejenak terimbau ingatan kepada insan yang mullia
Dirimu hanyalah sahaya
Syahadah itu kebebesanmu derapan kakimu terdengar di depan Rasulmu di syurga

Alunan azanmu terhenti hari kewafatan kekasih tercinta
lalu berderailah tangisan suara emas tak terdengar lagi

Kau Bilal Bin Rabah
Cekal dan Tabah Dipanggang di gurun yang panas
Biarpun dirimu Didera diseksa bibirmu tetap meyebut 
Allah Tuhanku Allah yang satu
Tiada tuhan selain Allah Muahammad pesuruh Allah.

Di balik Kulitmu ynag Hitam
tersimpan hati seputih kapas
suara azanmu bergema
hanyalah silamu yang luka
Adalah ukiran mutiara
menjadi tauladan manusia.
  
Latar Belakanag Beliau: 

Bilal bin Rabah r.a dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 Sebelum Hijrah(ada pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan di Habsyah atau kini disebut negara Ethopia). Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam.

Pengislaman Beliau:
Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas permukaan bumi ini iaitu: Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar ibn Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Miqdad Al-Aswad. Beliau menerima Islam melalui sahabatnya yang bernama al Fadl dan dilihat beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mendalami ajaran agama Islam sehingga sanggup berulang-alik ke rumah Arqam bin Abi Al-Arqam secara rahsia supaya kegiatannya menerima Islam sebagai sebahagian daripada hidupnya tidak diketahui oleh tuannya.
Namun akhirnya Umaiyah mengetahuinya dan memujuk Bilal agar meninggalkan Islam dan kembali ke ajaran asalnya, tetapi Bilal berkeras untuk mempertahankan Islam sebagai agama dunia dan akhiratnya. 
Umaiyah pernah berkata,
“Aku berkuasa ke atas tubuh dan jasadmu.”
Tetapi Bilal lantas menjawab,
“Fikiranku, imanku dan kepercayaanku bukan milikmu.”
Setelah gagal memujuk Bilal, Umaiyah nekad untuk bertindak kejam ke atas Bilal dengan mengikat batu besar di tubuh Bilal yang tidak berpakaian, mengheret ke tengah padang pasir yang panas membakar dan memukul tanpa belas kasihan.

Jasa dan Perjuangan Beliau:
Dikatakan ini adalah makam Bilal Bin Rabah (Sejauh mana kebenarannya saya tidak tahu)
Beliau meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah di negeri Syam dan dikebumikan di Damsyik. Sepanjang hayatnya beliau diakui sebagai seorang yang patuh dan rajin terhadap tanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran. Beliau juga pernah menyertai barisan tentera Islam dalam beberapa peperangan dan dilantik sebagai juruazan oleh Rasulullah dan kerana itulah namanya kini diabadikan kepada setiap juruazan atau bilal.

Begitulah sedikit sebanyak tentang Bilal Bin Rabah yang saya titipkan di sini. Sekadar ingin berkongsi.

Seterusnya, saya memperkenalkan sahabat Rasulullah s.a.w yang merupakan antara 10 orang sahabat Nabi yang dijamin masuk syurga.Kumpulan saya membentangkan tentang
Sa'ad Bin Abi Waqqas

Bioadata Sa'ad Bin Abi waqqas: (Orang pertama melancarkan Anak Panah)

Nama: Malik bin Wuhaib bin Abdi Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah
Tarikh Lahir: 595 H
Temapat Lahir: Makkah, Arab.
Keturunan: Banu Zuhrah (Sepupu Aminah Binti Wahab,Ibu Rasulullah)
Perwatakan:seorang yang rendah tubuhnya serta kehitam-hitaman kulitnya, berambut pendek, bertubuh sasa dan tegas
Gelaran: Singa Laut 
Kematian: 664 H
Tempat Kematian: Madinah, Arab.
Pengislaman: Orang pertama memeluk Islam pada umur 17 tahun.

Kisah 1

Kisah selepas beliau memeluk agama Islam. Beliau ditentang oleh Ibunya sendiri. Ibunya tidak mahu makan atau minum sehingga lemah tak berdaya. Kata ibunya " Oh Saad! Ibumu ini tidak akan makan dan minum sehingga mati melainkan jika kau menukar kembali agama asalmu" Minit bertukar kepada jam. Ibunya masih berdegil tidak mahu makan. Puas sudah Saad memujuknya untuk makan sambil membawa makanan kepada Ibunya. Lalu Saad pun berkata " Oh ummi, Cintaku terhadapmu sungguh kuat namun tidak tertandingnya dengan cintaku terhadap Allah serta Rasulku. Demi Allah, jika ada seribu jiwa sekalipun dan setiap daripadanya pergi meninggalkan antara satu sama alin sekalipun aku tidak akan berganjak daripada agamaku ini"
Melihatkan kesugguhan anaknya maka akhirnya ibunya sedar bahawa anaknya sangat bersungguh dalam memeluk Islam. Akhirnya, ibu beliau makan makanan yang di bawa oleh anak kebanggannya itu.

Kisah 2 

Tiga hari sebelum memeluk Islam, beliau telah bermimpi seakan-akan tenggelam dalam kegelapan yang sangat pekat. "Ketika itu aku terumbang-ambing  di dalam gelombang, tiba-tiba muncul bulan memancarkan sinar bulan tersebut. Aku melihat Zaid bin Haritsah, Ali bin Abi Talib dan Abu Bakara As-Siddiq. Lalun aku bertanya kepada mereka. "Sejak bila kalian di sini?" mereka menjawab, "Baru sahaja"
Pagi itu aku terdengar Rasulullah s.a.w. mengajak manusia memeluk Islam secara diam-diam. Aku sedar bahawa Allah mengkehendaki kebaikan untukku dan akan mengeluarkanku dari kegelapan menuju cahaya yang terang. Aku segera mencari Rasulullah dan menemuinya di daerah Jiyad ketika baru selesai melaksanakan solat Asar. Ketika itu juga aku menyatakan diri memeluk Islam dan aku dapati tiada orang yang mendahului aku melainkan dari tiga orang sahabatku yang kulihat di dalam mimpi.
Dikatakan Ini adalah masjid yang dibina oleh Sa'ad Bin Abi waqqas(Masjid Huaisheng, China)

Dengan lafaz, "aku naik saksi bahawa Allah itu Tuhanku dan Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah" maka bermula pada hari itu Saad Bin Abi waqqas pun beragama Islam. 

Sumbangan Beliau: 
  1. Saad Bin Abi waqqas telah menyertai perang pertamanya bersama adiknya dan ketika ini beliau melancarkan anak panahnya. Adiknya, Umayr telah gugur di medan perang. Saad telah pulang bersendirian membawa hati yang pilu mengenangkan kematian adiknya namun beliau tabah menghadapi dugaan itu.
  2. Beliau menyertai perang kedua iaitu perang Uhud. 
  3. Semasa pemerintahan Khalifah Saidina Umar r.a, beliau telah dilantik menjadi Gabenor di Kufa dan Nejd. Beliau merupadakan enam daripada nama yang telah disenaraikan oleh Umar Al-Khattab untuk menjadi Gabenor.
  4. Ketika pemerintahan Uthman Bin Affan, beliau telah dihantar ke China untuk menyebarkan Islam serta menyebarkan risalah Uthmani ketika itu. Beliau telah datang ke China sebanyak dua kali. 
 Banyak lagi sumbangan yang beliau berikan sehinggakan Islam telah berkembang di China. Jasa dan pengorbanan beliau sangat tidak dapat dinilaikan dengan hanya kata-kata semata. Perjuangan yang sangat besar sehinggakan menguris hati tegasnya apabila ibunya menentang keislaman beliau. Ibu atau agama Islam, itulah yang bermain dalam fikiran beliau ketikan itu.

Saat kematian beliau, Saad mahu dikafankan dengan jubah yang dibuat dari kain bulu yang sudah usang lalu berkata:
"Kafankan aku dengan jubah ini, kerana dengan jubah inilah dulu aku bertempur dengan kaum musyrik di Badr"
Pada akhir hayatnya, beliau kehilangan  penglihatan dan meninggal di daerah al'aqiq yang jaranya lebih kurang 5 batu madinah. Beliau merupakan sahabat terakhir yang meninggal dari kalangan muhajirin pada tahun 55 di usia 80 tahun.

Begitulah kisah para sahabat Rasul yang sempat saya selitkan di sini. Sungguh menyayat hati dan penuh dengan pengajaran.

Pengajaran:
Apa yang dapat disimpulkan di sini bahawa begitu susah untuk mendapat sahabat seperti zaman Rasulullah yang sanggup mati demi agama dan kekasih Allah. Di era globalisasi serta akhir zaman ini begitu sukar mendapat sahabat seperti zaman rasul. 
Ada sahabat yang tikam dari belakang, kata-mengata dan sebgainya. Perilaku ini seperti sudah biasa berlaku tanpa segan silu mereka mengutuk sahabat mereka. Ada juga yang bila senang berbondong-bondong datang namun bila susah menerpa diri mereka pergi entah ke mana. Terkontang-kanting sendirian meniti kehidupan yang mencabar iman serta taqwa ini.
Apa yang pasti, cerita sebegini memberi pengajaran kepada diri ini untuk lebih menghargai sahabat ynag ada biarpun sering kali dilukai oleh mereka. 
0

Kehilangan.

Sejadah itu aku pandang penuh sayu.
Mengapa? Getar hati dirasakan.
Terfikir di hati ini adakah masih ada ruang untuk aku bersama Allah.
Apa hati ini sudah mengeras?

Tasbih itu aku pandang dengan pandangan yang pilu.
Lalu kuambil. Jari jemari mula menolak butir tasbih itu.
Entah kenapa hati ini mahu terus berbicara dengan Allah.
Ya Allah, masih terbuka kah lagi pintu taubat buat hambaMU ini.
Terkadang hati ini tertanya-tanya adakah aku sudah bersedia?

Bersedia menghadap Ilahi menemui yang menciptakanku.
Aku merasa kehilangan.
Entah kenapa hati ini berasa begitu.
Ya Rabb yang maha agung, berikan aku kekuatan untuk terus mencintaiMu.

Benarkan aku menerima cintaMU.
Benarkan hati keras ini lembut menyambut cintaMU.
Benarkanlah Ya Rabb..
Aku merayu.

Hampir setiap malam aku memikirkanMU.
Aku juga takut.
Takut sekiranya aku mengadap tanpa sebarang bekal di dada.
Pulang kepadamu dengan dada yang kosong dipenuhi dosa-dosa.

Aku ingin mencintaiMu.
Benarkanlah.
Sebelum hati ini mencintai makhluk ciptaanMu.
CintaMu ku raih.
Kasih dan sayangMu ku pinta.
Belas kasihanMU ku tagih.

Ampunkan aku Ya Rabb.
Lembutkan hatiku supaya menjadi hambaMU yang soleha.
Teguhkan iman di dadaku.
Jangan sesekali ia jauh terjatuh.

Bantulah aku Ya Rabb.
Demi mencari 'kehilangan' yang aku rasa.

0

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran | iluvislam.com + discover the beauty of islam
0

Nota Kehidupan.

Angin pergi mengusung rindu.
Meninggalkan rasa hati nan pilu.
Lalu hati sambut sapaan sedih yang adakalanya berbunyi sepi.
Insan datang dan pergi.
Tak kembali lagi.


Aku di sini bersama momen indah.
Menghurai satu persatu.
Bait-bait indah itu sungguh membuatku teruja.
Diukir bersama sejuta senyuman yang mungkin  terakhir bagiku.


Tibanya aku di ruangan sepi.
Kelam. Suram. 
Patuh dengan segala ketentuan.
Maka aku menarik kembali diri keruangan indah.
Sedikit senyuman di situ. Manis tapi kelat.
Lemparan senyuman masih dilontar.


Lalu berlalu meninggalkan kenangan yang ada.
Tanpa menyedari deraian air mata mengalir.
Kau datang sebentar. Pergi selamanya.
Aku akur. Aku redha.


Terima kasih kerana pemberi sedikit momen.
Walaupun pahit. Pahit kerna tiada lagi hilai tawa seperti dulu.
Kaget melihatmu. Sepi pandangan mataku.
Lara hati terus bertalu.


Muzik kehidupan memang begitu.
Rentaknya adakala harmonis, adakala sedih adakala sedikit suram dan ganjal.
Aku hanya mampu memandang dengan secebis doa tanpa henti.
Walau jauhnya di pandangan mata tapi di hati masih dekat menanti.


Pandangan sepi kulontarkan.
Kembali menagtur kehidupan.
Berjalan mahupun merangkak tetap diteruskan.
Mungkin kelainan ini agak ganjal tetapi ianya akan terbiasa.
Terbiasa dengan hidup baru ini.


Mungkin perjalanan tidak seperti dulu.
Sedikit berat langkah kaki ini.


Maafkan ku..Biarkan Aku Begini. Walaupun Hanya Sebentar.
"Selamat Berhijrah ke destinasi baru"

0

Musim Peperiksaan 2010/2011







Musim ini musim peperiksaan.
Saya terkesima sebentar. Kenapa? 
Tak percaya. Sudah hampir ke final Exam.
Ohhh, sudah hampir musim periksa rupanya.
Apa persediaan? hmm..Banyak yang tidak sedia daripada yang bersedia.


Berfikir saya sebentar, apa yang dipelajari semester ini? Apakah ilmu yang saya dapat semester ini? Lidah kaku diam tak berkata.


Exam selama tiga minggu bermula dengan:
1) Strategic Management- 8/2/2011, PKK
2) Research Methodology - 14/2/2011, PKK
3) Pengantar Etika - 16/2/2011,PKK
4) Training and Development -16/2/2011,PKK
5) Aqidah & Akhlak - 17/2/2011,DPU
6) Organizational Safety and Health (OSH) -22/2/2011, PKK
7) Malaysian Economy - 25/2/2011, DPU


7 subjek? sangat takut tapi saya yakin saya BOLEH buat!
Saya memberi sepenuh masa untuk study.
Ya, tinggalkan facebook. tinggalkan blog. Kembali updated pada hari selepas menjawab exam SM.
Konsentrasi sepenuhnya pada paper.
Saya ingin compete pada seseorang.
Saya ingin menyainginya.
Bukan untuk kepentingan atau keburukan hanya untuk menaikkan semangat saya untuk 
menaikkan pointer yang semakin merundum.


Yakin Semester ini Saya Mampu Lakukan!!!!!


Berusaha Lebih Naikkan Pointer!!!
Insyaallah...

0

Apa itu Pohon Gharqad

Lewat semalam saya membelek ruang maya ini lagi. Mencari sesuatu untuk dikongsi bersama.

Terfikirku sejenak, teringat kata-kata ustaz ketika beliau mengajar subjek Aqidah & Akhlak di mana beliau berbincang tentang pohon gharkad kepunyaan Yahudi. Minda saya terus menerawang mencari idea untuk memahami tentang pohon tersebut. Sungguh kompleks. Pelbagai pertanyaan menerjah di fikiran saya.

Lalu pagi tadi saya mencari bahan tentang pohon gharkad kebanggaan Yahudi ini. Segala pertanyaan saya telah terjawab. Mengapa ianya dipanggil pohon Yahudi dan atas sebab apa dikatakan pohon itu melindungi Yahudi sedangkan makhluk ciptaan Allah ini seharusnya memihak kepada Muslim 

Berikut merupakan keterangan yang saya dapat dari sumber yang telah saya cari:

Apa itu pohon Gharkad?

Pohon Gharkad

Nabi Muhammad  bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:
"Tidaklah akan berlakunya qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu  itu berkata, “Hai orang Islam, inilah orang Yahudi di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!” kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itu ia melindunginya). 

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu ketika hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal  akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi  iaitu pohon yang bernama Gharqad. Pokok ini banyak di tanam di Israel kerana orang-orang Yahudi Israel lebih senang mencari perlindungan dari ditangkap dan dibunuh oleh Tentera Muslim.

p/s: ini Apa yang saya dapat dari internet iaitu di Wikipedia dan Forum yang membincangkan tentang pohon gharkad ini. Saya sekadar ingin berkongsi apa yang saya mahu tahu dan ilmu ini pada saya harus dikongsi kerana sharing is caring. =)

Wassalam....




 
Copyright © Selimut kehidupan