Apa itu Pohon Gharqad

Lewat semalam saya membelek ruang maya ini lagi. Mencari sesuatu untuk dikongsi bersama.

Terfikirku sejenak, teringat kata-kata ustaz ketika beliau mengajar subjek Aqidah & Akhlak di mana beliau berbincang tentang pohon gharkad kepunyaan Yahudi. Minda saya terus menerawang mencari idea untuk memahami tentang pohon tersebut. Sungguh kompleks. Pelbagai pertanyaan menerjah di fikiran saya.

Lalu pagi tadi saya mencari bahan tentang pohon gharkad kebanggaan Yahudi ini. Segala pertanyaan saya telah terjawab. Mengapa ianya dipanggil pohon Yahudi dan atas sebab apa dikatakan pohon itu melindungi Yahudi sedangkan makhluk ciptaan Allah ini seharusnya memihak kepada Muslim 

Berikut merupakan keterangan yang saya dapat dari sumber yang telah saya cari:

Apa itu pohon Gharkad?

Pohon Gharkad

Nabi Muhammad  bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:
"Tidaklah akan berlakunya qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu  itu berkata, “Hai orang Islam, inilah orang Yahudi di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!” kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itu ia melindunginya). 

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu ketika hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal  akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi  iaitu pohon yang bernama Gharqad. Pokok ini banyak di tanam di Israel kerana orang-orang Yahudi Israel lebih senang mencari perlindungan dari ditangkap dan dibunuh oleh Tentera Muslim.

p/s: ini Apa yang saya dapat dari internet iaitu di Wikipedia dan Forum yang membincangkan tentang pohon gharkad ini. Saya sekadar ingin berkongsi apa yang saya mahu tahu dan ilmu ini pada saya harus dikongsi kerana sharing is caring. =)

Wassalam....




0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Selimut kehidupan