Selamat Datang semangat baru

Assalamualaikum, membuka bicara pagi inin dengan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Mari kita berselawat ke atas baginda moga kita perolehi syafaatnya nanti kelak. Alhamdulillah, Allah masih memberi nafas kepada hambaNYA ini untuk meneruskan hidup. Hidup yang diselang-selikan dengan gembira, sedih, pilu malah mungkin menggugat semangat kita.



Pagi yang penuh mulia dan berkat ini saya akan menceritakan tentang SEMANGAT. Ada apa dengan semangat? InsyaALLAH hari ini saya akan memulakan kembali kehidupan saya sebagai mahasiswi di Kolej setelah sebulan cuti semester. InsyaALLAH bakal menghabisi pengajian tahun hadapan. Baik, kita teruskan lagi. Apakah maksud semangat? Usah dicari dalam Kamus Dewan. Sudah tentu anda tahu bukan definisinya. Saya bukan mahu menerangkan definisi SEMANGAT itu tapi maksud di sebalik semangat itu.

Setiap hari kita akan melalui cabaran dan ujian dari Allah. Namun, bagaimana kita membentuk semangat itu? Bagaimana kita ungkapkan semangat baru itu? Kadang kala kita sebagai manusia sering alpa dan leka dengan mewahnya kehidupan. Kesenangan kehidupan menyumbang kepada kealpaan. Kadang kala bilanya sesuatu musibah datang kita terus mengalah. Tidak mahu berusaha. Kita rasa sudah cukup berusaha. Benarkah? Cukupkah? Bagaimana anda tahu?



Contohnya, seorang pelajar. Dia gagal dalam peperikasaan menyebabkan dia jadi mudah putus asa walaupun sudah beberapa kali cuba. Dia rasa sudah cukup berusaha dan untuk membina semangat baru itu jauh sekali. Jangan! Jangan sesekali berbuat begini. Mungkin usaha kita belum cukup. Mungkin ada perkara yang menyebabkan kita gagal. Apa? Selami dan cari. Mungkin hubungan kita dengan Allah tidak berapa baik. Abaikan solat, melewatkan waktu solat atau mungkin lupa pada ibu bapa kita? oh, anda masih merasa sudah lakukan yang terbaik? Sejauh mana kepastian anda. Saya juga pernah gagal. Boleh dikira lebih lima kali. Sehingga saya melanjutkan pengajian di peringkat IPT (Instusi Pengajian Tinggi) pun masih harungi kegagalan juga. Saya juga pernah hampir berputus asa namun Allah menyedarkan saya dan dari situ timbul mahu membina semangat baru. Bukan mudah setelah kita jatuh tapi boleh. Yakin boleh. 

Fikirkan kenapa kita gagal dan dari situ kita akan cuba perbaiki. Langkah kita harus yakin penuh semangat baru setiap hari. Ada beberapa tips ingin saya kongsi pada sahabat sekalian.
Tips bagaimana membina semangat baru:
  1. Sebelum tidur tunaikan solat sunat taubat serta solat sunat hajat. Setkan minda agar bila bangun esok pagi kita senyum dengan perasaan yang gembira.
  2. Setelah bangun dari tidur, kita akan teringat apa yang kita telah katakan di minda semalam. Tahu kenapa? kerana kita sudah bermuhasabah diri sebelum tidur. Jadi, semangat baru mudah dilakukan.
  3. dengan lafaz bisimillah dan doa mulakan kaki melangkah penuh keyakinan dan semangat untuk ke pejabat,sekolah atau kelas. Disarankan juga membaca ayat kursi dan selawat ke atas junjungan kita Rasulullah s.a.w. 



Tiga perkara di atas mungkin tidaklah sehebat mana yang anda fikirkan namun jika anda lakukan setiap hari insyaALLAH hari anda akan diselimutkan dengan semangat baru. Moga kita menjadi individu yang berjaya dan dirahmati Allah selalu.
Akhir kata dari saya, SELAMAT DATANG SEMANGA BARU. Wallahualam.






Welcome back to new semester will new spirit. Success will  wait the strength. May ALLAH give the permission to do so. 

Akhir kata,  mari mulakan kehidupan dengan semangat baru, kekuatan baru dan azam baru. Wahai kehidupan berjalanlah kau dalam keadaan yang tenang mengharungi lorong hidupa yang mencabar. Sabar dan tawakal kepada ALLAH. Walallhualam.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Selimut kehidupan