Batu-bata kehidupan

 



 Satu hari saya sedang membelek buku di kedai buku berdekatan dengan rumah. Itu kebiasaan saya di hujung minggu mencari buku untuk dibaca. Saya suka membaca buku-buku yang pada saya memberi manfaat pada saya dan dapat saya kongsikan pada sahabat. Batu-bata kehidupan yang ditulis oleh Hilal Asyraf. Buku ini menceritakan tentang kehidupan kita dan bagaimana mahu mendekatkan diri dengan Allah. Isu yang dikupas juga pada perkiraan saya sangat mantap.

Sinopsis:

Terdiri daripada tiga manduk utama iaitu Allah, Cinta dan Kehidupan Mukmin yang merupakan bahan bina penting dalam struktur 'bangunan kehidupan' setiap insan. Batu-bata kehidupan mengajak pembaca membina 'bangunan kehidupan' dengan bahan bina yang berkualiti dan utuh agar ia dapat bertahan hingga ke akhirat.

Bukan semua orang faham berkenaa ukhuwah. Ya, kita sayang sahabat kita. Tetapi, apakah sahabat kita itu faham makna ukhuwah tertinggi adalah itsar, (melebihkan sahabat daripada diri sendiri) dan ukhuwah terendah adalah berlapang dada, apakah sahabat kita faham perkara yang sama? Kalau sahabat kita faham, apakah dia kuat untuk menggerakkan kefahamannya dalam amalan?

Ya, itulah serba sedikit mengenai Batu-bata kehidupan. Cadangan saya, belilah buku ini jika anda mahu kelainan buku motivasi. Buku ini meberi motivasi kepada kita agar selalu kasihkan Allah, Rasul, Ibu Bapa serta sahabat kita. Adunan yang berbeza dari anak muda ini mampu mengorak langkah baru buat kita. InsyaAllah. 

~salam ukhuwah~

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Selimut kehidupan