Inspirational Video - The Don't Quit Poem




Video ini sangat memberi motivasi kepada diri kita. Manusia adakala terjatuh ada yang masih boleh bangun tak kurang juga yang terduduk dan kaku tanpa berbuat sebarang langkah baru. Sebagai manusia, kita dihadiahi oleh ALLAH dengan pelbagai dugaan yang tak terjangkau akal kita ia akan terjadi. Namun, berbekalkan iman di dada yang telah dididik semenjak kecil maka bangunlah anda yang jatuh. Janagn berfikiran negatif semata. Bersangka baiklah pada ALLAH kerana ALLAH sangat menyayangi kita dan kerana itulah kita diuji.

Video ini memberi kata-kata peransang padaku. Bait-bait kata itu penuh dalam dan punya makna tersirat. Tujuanku hanya ingin berkongsi. Perasaanku juga inginku kongsi di sini yang terkadang aku juga tak mengerti apa maksud rasa hati ini.

Lihatlah video ini dan bukakan minda anda untuk berfikir malah selitkn rasa syukur pada Ilahi kerana memberi dugaan. Berjutah manusia telah dilalaikan hanya yang terpilih saja diuji.

Wujudkan rasa syukur dan coretkan kata-kata semangat untuk mengjadapi kehidupan yang bersimpang siur ini. Penuh derita. Namun, disebalik derita ada bahagia menjelma. Datanng dan tunggu kita untuk menyambut bahagia.

Bukakan hati dan minda. Mari bersama saya untuk sama-sama bermuhasabah diri yang alpa tentang kuasa ALLAH.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Selimut kehidupan