Sang Malam.

Malam..
Bawalah aku bersama untuk meneroka dunia ini.
Bawalah aku terbang untuk menyingkap kisah manusia di sana.
Bawalah aku untuk memotivasikan diriku.
sebagai pengajaran hidup.


Malam..
Derita sakit ini tak pernah berlalu dengan gembira.
Mengapa malam?
Angin jendela menyentak hati yang kian sayu.
Ingin terasa keluh juga tapi ku kuatkan semangat demi seseorang.
Pemberi sumber inspirasiku.


Malam..
datang dan pergi.
Begitu juga manusia di sekelilingku.
Dipanggil ALLAH satu persatu.
Kusam hidupku tanpa mereka.
Jalan kuteruskan juga.
Bersatu dengan nada sedikit sayu.


Malam..
Begitu sukar inginku ungkapkan di sini.
Aku suka kau malam.
Sentiasa memberi aku ketenangan.
Namun, esok kau pergi jua.
Adakah masih ada untuk ku malam?


Malam..
Salahkah aku begini?
Tapi aku juga punya laluan sendiri.
Punya matlamat sendiri.
Mereka juga tidak pernah mengerti mengapa aku begini.
Lantang berbicara tanpa rasa membibit di hati.
Tanpa usul ku disalahkan.
Tanpa meninggalkan sebarang kesan di hati mereka.


Malam..
Hadirnya kau pemberi aku tenaga.
Mencari makna hidup.
Tatkala itu datanglah inspirasi pengubat diri.


Malam..
Tak siapa tahu.
Hanya segelintir.
Yang benar-benar memahami aku.
Yang benar-benar tahu selok belok hati kerasku.


Malam..
Aku cuba untuk memudahkan hidup ini.
Hidup yang asing menghenyak diriku.
Sesekali melatah jua namun cepat-cepat ku peringat diri.


Malam..
Salahkah jika aku begini?
Ini diriku. Aku diam tak bermakna aku suka.
Aku diam tak bermakna aku marah.
Diam aku tanda sepi.
Diam aku tanda berfikir.
Tak perlu berkata terlalu banyak jika tidak penting.


Malam..
Aku punya identiti diri sendiri.
Walau tidak sebaik orang lain.
Namun, itulah aku. Diri aku. Tak perllu menjaja wajah dan identiti orang.
Biar mereka berkata tanpa mengenaliku terlebih dahulu.
Biarkan mereka bertutur apa saja.


Malam..
Aku hanya memberi. Pemberianku bukan dipinta.
Ikhlas di hati. Walau tak diketahui.
Aku hanya mendengar. Bukan bicara terbaik.
Tutur bicaraku tak selancar orang lain.
Lantang berbicara. Namun pentingkah itu?
Tidak perlu berbicara yang tidak penting.


Malam..
Orang selalu bercerita kepadaku. Tapi aku?
Mahu aku apa?
Siapa pendengar ku?
Aku memang pendengar setia. Setia menanti si pencerita.
Hanya kau tempat aku mengadu malam.
Seolah kau berada di samping aku.
Tapi memang kau ada bukan? Setia bersama aku.


Malam..
Tahukah kau, noktah hidup ini ingin aku akhiri denga nada gembira.
Seiring denga kejayaanku.
Syurga destinasiku.
Syurga penantianku.
Namun, layak kah aku malam?
Tak mampu ku ungkap tentang ciri kemasukan ke syurga.
Yang nyata, aku sedang berusaha.
Mengejar cahaya syurga Ilahi.
Memegang ijazah ibadah sebanyak mungkin.
Diiktiraf hanya penciptaku.


Malam..
ingiku akhiri dunia maya ini dengan rasa bahagia di selimutkan ke dairi hidupku.
Berbantalkan amalan yang telah ku lakukan.
Doakan aku sang malam mengharungi kehidupan deduri.


Malam..
ketahuilah aku hanya pendengar setia..
Bicaraku terhad untuk orang yang tidak mengenali perjalanan hidupku.
kenalilah hatiku dan berbicaralah dengan hatiku bukan dengan wajah dan telinga.


Malam..
Terima kasih.
Moga kita berjumpa lagi.
Bersama aku meniti diari hidup ini.
Nantikan aku malam.


Selamat tinggal Sang Malam..



0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Selimut kehidupan