Malam..
Kembali lagi aku dengan nada gembira berulit sayu..
Inginku luahkan segalanya kepadamu malam.
Apa yang ku rasa,
Apa yang membebniku,
Apa yang meragui hati kecilku,
Apa yang merentap sanubariku.
Malam..
Dalam diam aku bersyukur.
Gembira dengan rahmat serta yang ujian ALLAH berikan padaku.
Aku akur malah redha dengan ketentuannya.
Malam..
Berkat sabar aku masih terus berada di destinasi yang betul.
Di laluan yang mengerakkan aku untuk bangun.
Inginku khbarkan perkhabaran gembira padamu.
Hari ini gembira bertamu di hati sambil mengulit raga di jiwa usang ini.
Tahu kenapa?
Aku berjaya mencapai matlamatku hari ini.
Usaha yang kubina dengan keyakinan lalu datang dengan kejayaan.
Malam..
Kini aku yakin dan utuhnya jiwaku.
Menghadap dugaan yang bersarang di jiwa.
Dengan berkat doa dan yakin pada penciptaku.
Aku hulurkan sejuta rasa syukur padaMu ya ALLAH.
Malam..
Berkat wuduk itu aku beroleh kesabaran dan konsentrasi mendalam.
Semalam penuh rasa sangsi rasa bebanan bersarang di hati.
Ku luahkan jua biarpun rasa perit mendada.
Demi menjaga hati seorang sahabat.
Demi menampal segala kelukaan di hati.
Malam..
Berkat wuduk dan solatku akhirnya aku pasti.
Aku memenuhi konsentrasi untuk menerima ilmuMu.
Meminta keberkatan ilmu dan keredhaan biarpun lara hati melanda tika itu.
Air suci itu telah membersihkan sedikit rasa marah berserta sedih mengulit.
Bersama teman seperjuangan menongkah arus ujian melangit.
Malam..
Kotak fikiran ku semalam bermain dengan emosi yang meninggi.
Hingga aku terasa terganggu namun itulah berkat wuduk dan doaku.
Marah yang mengawasi sedih yang menikam dada hingga adakala sebak.
Akhirnya dapat ku atasi jua berkat sabar dan wuduk itu.
Malam..
Tahukah kau kesakitan yang ku alami?
Perit hingga air mata ku gugur.
Tatkala kaki melangkah ke rumah ALLAH.
Terasa kesayuan datang meredupkan keresahan serta kebimbangan.
Terasa tenang tanpa sebarang masalah di minda.
Hati sayu membibit diri menahan diri.
Kesakitan terasa.
Sungguh malam. Teramat sakit ketika itu.
Gugur lagi air mata jernihku.
Hatiku basah.
Malam..
ku harap selepas ini dugaan mendatang dapatku atasi dengan rasional di minda.
Terima Kasih malam.
Memberi ku ketenangan.
Aku bersyukur malam.
Naskah Al-Quran menjadi panduan hidupku.
Akan ku terus praktikan tanpa jemu bersulam dada.
Sehingga kita bertemu lagi malam.
Rinduku pada tahajudmu.
Rinduku pada tangisan malamku.
Rinduku pada basahan lidah bersama munajat zikir.
Selamat Tinggal Malam..
Contoh Surat Lamaran Jadi Admin
2 years ago
0 comments:
Post a Comment