Tiupan angin memberi makna yang dalam menusuk ke gerbang hatiku,
Betapa aku sangat gembira ketika langkah ini tiba di gerbang ilmuku,
Tatkala itu angin sepi membawa pergi meninggalkan aku,
Bisiknya padaku, tinggalkan kepahitan itu berlalulah dengan kemanisan yang baru,
Katanya lagi, dugaan hadapan penuh kepedihan, keperitan, keraguan malah memusing jiwa.
Angin,
Tahukah kau aku merindui kasih sayang penciptaku?
Tahukah kau pernah aku tergelincir jatuh tidak dapat menahan pilu di hati?
Bawalah aku bersama untuk terbang mencari penciptaku,
Sampaikan padaNYA hatiku kering dahagakan sentuhan sayang penciptaku.
Di sini, aku merenung ke luar jendela sambil mindaku berpusing mencari ketenangan,
Aku juga takut jika terlalu sibuk hal keduniaan sehingga melupakan penciptaku,
Aku juga takut jika aku masih tersungkur dan bangun dengan kepayahan bersama kekesalan,
Monologku sendirian, Ya ALLAH...YA Rabb...bantulah hambaMU ini tika buntu,
Bantulah hambaMU ini tika kekeliruan menerjah ruang hatiku,
Bantulah hambaMU ini kerana aku sangat takut untuk berdepan dengan cabaran yang mendatang.
Ku lontarkan keluhan silih berganti mencari damai di hati.
Angin datang lagi..
Membawa perkabaran gembira,
"Tak usah kau gentar dengan dunia ini. Ianya sementara. Allah yang abadi maka kembali kepada ALLAH
tika kau tersasar jauh. Ingatlah bahawa ALLAH sentiasa di sisi hambaNYA, DIA sayang kau wahai umat Rasulullah! Maka kau juga harus sayang serta mentaatinya. Sedikit pun jangan kau berpaling dariNYA"
Kaku..Aku kaku..Sepi..
Akhirnya, aku berlalu dengan penuh keyakinan yang terkadang
membawa sedih di jiwa. Namun tidak lagi tersasar jauh.
Lamunan terhenti. Kembali ke dunia realiti.
Azan memanggil.
Contoh Surat Lamaran Jadi Admin
2 years ago
0 comments:
Post a Comment