Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar secebis cahaya menerangi laluan
adakalanya langkahku tersasar tersungkur di lembah kegelapan
 Bagaikan terdengar bisikan rindu mengalun kalimah menyapa keinsafan 
kehadiranmu menyentuh kalnu menyalakan obor pengharapan

Tika kukealpaan kau bisikan bicara keinsafan
kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan
Saatku kehilangan keyakinan
kau nyalakan harapan
saatku meragukan keampunan Tuhan
kau katakan rahmatNYA mengatasi Segala

Menitis air mataku keharuan kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaiakn
hati yang dahulu keresahan
cinta yang semakin kesamaran
kau gilap cahaya kebahagiaan
tulus keikhlasan denganrestu kasihmu on tuhan

Titisan air mata menyubur cinta dan rindu pun berbunga
mekar tidadk pernah layu yang dulu resah keliru
cintaku takkan pudar
diui dugaan mengharum dalam harapan
mogakan kesampaian kepada tuahn
lantaran diri hamba kerdil dan hina

Menitis Air mataku kepada sebuah pertemuan
kehadiranmu mendamaikan hati yang dahulu keresahan

Syukur sungguh di hati ini dikurniakan teman sejati
menunjuk jalan dekatiNYA
 tika diri dalam kebuntuan kejujuran yang kau beri
mengajar ku mengenal erti cinta hakiki yang abadi
tiada yang menjadi impian selain rahmat kasihmu tuhan
yang terbias pada ketulusan sekeping hati
seorang insan bernama TEMAN

Ku hadiahkan lagu ini buat semua temanku yang sentiasa berada di sampingku tika aku tersungkur jatuh.
Kalian pemberi semangat aku untuk bangun semula walaupun aku telah jatuh lumpuh tapi masih lagi kalian tetap di situ. Berdiri sambil menghantar sekuntum  senyuman buatku sambil memapah aku bangun kembali kepada rahmat ALLAH.

Terima kasih juga kerana sentiasa di sisiku yang sangat kekurangan ini. Terima kasih kerana telah menunjukkan aku jalan Allah yang betul serta meyakinkan aku tentang rahmat yang telah ALLAH berikan padaku. Di saat aku meyusuri jalan kelam itu kalian hadir memberi cahaya serta memimpin aku ke arah cahaya yang terang itu.

Terima kasih kerana masih lagi tetap memaafkan segal khilafku biarpun hati kalian telah pedih derita kerana kataku yang lantang berbicara, kerana sikapku yang buruk, kerana laku ku yang naif. Tetap kalian membuka ruang kemaafan untuk ku sambil menghulur tangan lalu kusambut dengan senyuman ikhlas terukir dibibirku.

Kepada yang sudah lama mengenaliku mahupun yang baru saja mengenali peribadiku yang agak longgar ini, 
ku titipkan ucapan TERIMA KASIH sahabat. Kita bersahabat selamanya.

Lagu ini untuk kalian. Terima Kasih sekali lagi.

p/s: nama kalian tidak kusebut. Namun nama kalian sudah ada dalam hatiku. Tidak perlu dipadam. Tetapnya di sini. Hatiku.



0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Selimut kehidupan