Allah Dekatilah hambaMU ini.

  
 

Allah maha penyayang. Maha mengasihani. Maha pemelihara. Pagi ini merasa sedikit kelegaan biar mata tidak dapat tidur. Manusia lain sedang lena dibuai mimpi. Aku di sini entah kenapa tidak dapat melelapkan diri. Hembusan angin pagi ini sungguh lembut menyentuh kulit hitam manisku ini. Maniskah? Agaknyalah. Anugerah Allah.
 Mengenang kisah lama begitu memeritkan. Sejarah silam yang takkan pernah mungkinku lupa hingga nafas ini berhenti sekalipun hati tetap ingat. Itu kenangan. Orang kata dari kenangan pahit itu mengajar kita erti pengalaman hidup. Semua manusia punya cerita sendiri.
 Mengelamun sendirian tanpa sedar jam sudah berdetik meninggalku jauh. Diri juga terasa jauh. Jauh dari Allah. MasyaAllah. Ampunkan hambaMU ini. Mungkin kerana terbawa-bawa perasaan sedih menghitung diri.
Seusai bertadarus barulah hati kian beransur pulih namun masih terpalit resah hati.
Ya, Rabb..
hati kian hampar, wajah kian suram. Mengapa? 
Maafkan aku kerana melakukan dosa. Sedayanya aku cuba perbaiki namun masih rapuh.
Sedayanya aku cuba mencintaiMU dari segalanya namun masih lemah.
Sedayanya aku cuba merinduiMU namun masih belum cukup.

Ya Rabb..
Tangan diangkat menadah langit pula setelah sujudku dibasahi linanangan air mata.
Tidak cukup rasanya mahu berbicara denganMU.
Terasa berat ingin meminta padaMU kerana hambaMU ini banyak memungkirimu.
Berat juga lidahku mahu berbicara. Kelu. Hampir tidak tahu apa yang dikatakanku sendiri.
Ya Rabb..
Pagi yang penuh syahdu ini hambaMU mohon keampunan. Ampunkan dosaku.
Apa saja yang telah aku lakukan ampunkanlah Ya Rabb kerana aku takut jika esok masaku sudah sampau andainya esok aku tiada lagi di dunia ini.

Ya rabb..
Mana mungkin aku melupaiMU yang menjadikan aku hidup di atas muka bumi ini.
Aku tahu aku ini kerdil. Aku hanya pinjaman. Aku hanya sementara.
Terima Kasih kerana telah memberi kejayaan padaku walaupun aku telah banyak melukaiMU ya Rabb.
Indahnya sikapMU ya Tuhanku. 
Hatiku juga teringin benar ingin melihat wajahMU. Bagaimana ya? 
hatiku juga berasa teruja ingin melihat kekasihMU yang dicintai. Bagaimana wajahnya?
Bermimpi pun padaku sudah memadai ya Rabb tapi apakan dayaku kerana aku tahu aku tidak layak mendapat mimpi sebegitu. 
Namun, terselit di hati kecil ini mahu menemui Rasululullah s.a.w.
Melihat wajahnya walaupun di dalam mimpi dan mimpi itu akan menjadi indah selamanya. 

ya Rabb..
Bantulah hambaMU ini. Aku mohon dengan sangat.
Syurgaku pinta neraka jauh sekali.
Ampunkan hambaMU ini.. 
 

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Selimut kehidupan