0

Salam Maal Hijrah 1433

Salam Maal Hijrah buat semua umat ISLAM. Mari kita RENEW hati. UPLOAD iman dan taqwa. DELETE kemungkaran. REMOVE kekotoran hati. 

Moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas dengan catatan amalan yang berlipat ganda. 

Tahun baru disambut dengan kehadiran stress yang meninggi tapi masih boleh dikawal. 

Tahun baru ini memberi seribu makna. Perubahan akan berlaku. InsyaALLAH.
0

Selamat Datang semangat baru

Assalamualaikum, membuka bicara pagi inin dengan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Mari kita berselawat ke atas baginda moga kita perolehi syafaatnya nanti kelak. Alhamdulillah, Allah masih memberi nafas kepada hambaNYA ini untuk meneruskan hidup. Hidup yang diselang-selikan dengan gembira, sedih, pilu malah mungkin menggugat semangat kita.



Pagi yang penuh mulia dan berkat ini saya akan menceritakan tentang SEMANGAT. Ada apa dengan semangat? InsyaALLAH hari ini saya akan memulakan kembali kehidupan saya sebagai mahasiswi di Kolej setelah sebulan cuti semester. InsyaALLAH bakal menghabisi pengajian tahun hadapan. Baik, kita teruskan lagi. Apakah maksud semangat? Usah dicari dalam Kamus Dewan. Sudah tentu anda tahu bukan definisinya. Saya bukan mahu menerangkan definisi SEMANGAT itu tapi maksud di sebalik semangat itu.

Setiap hari kita akan melalui cabaran dan ujian dari Allah. Namun, bagaimana kita membentuk semangat itu? Bagaimana kita ungkapkan semangat baru itu? Kadang kala kita sebagai manusia sering alpa dan leka dengan mewahnya kehidupan. Kesenangan kehidupan menyumbang kepada kealpaan. Kadang kala bilanya sesuatu musibah datang kita terus mengalah. Tidak mahu berusaha. Kita rasa sudah cukup berusaha. Benarkah? Cukupkah? Bagaimana anda tahu?



Contohnya, seorang pelajar. Dia gagal dalam peperikasaan menyebabkan dia jadi mudah putus asa walaupun sudah beberapa kali cuba. Dia rasa sudah cukup berusaha dan untuk membina semangat baru itu jauh sekali. Jangan! Jangan sesekali berbuat begini. Mungkin usaha kita belum cukup. Mungkin ada perkara yang menyebabkan kita gagal. Apa? Selami dan cari. Mungkin hubungan kita dengan Allah tidak berapa baik. Abaikan solat, melewatkan waktu solat atau mungkin lupa pada ibu bapa kita? oh, anda masih merasa sudah lakukan yang terbaik? Sejauh mana kepastian anda. Saya juga pernah gagal. Boleh dikira lebih lima kali. Sehingga saya melanjutkan pengajian di peringkat IPT (Instusi Pengajian Tinggi) pun masih harungi kegagalan juga. Saya juga pernah hampir berputus asa namun Allah menyedarkan saya dan dari situ timbul mahu membina semangat baru. Bukan mudah setelah kita jatuh tapi boleh. Yakin boleh. 

Fikirkan kenapa kita gagal dan dari situ kita akan cuba perbaiki. Langkah kita harus yakin penuh semangat baru setiap hari. Ada beberapa tips ingin saya kongsi pada sahabat sekalian.
Tips bagaimana membina semangat baru:
  1. Sebelum tidur tunaikan solat sunat taubat serta solat sunat hajat. Setkan minda agar bila bangun esok pagi kita senyum dengan perasaan yang gembira.
  2. Setelah bangun dari tidur, kita akan teringat apa yang kita telah katakan di minda semalam. Tahu kenapa? kerana kita sudah bermuhasabah diri sebelum tidur. Jadi, semangat baru mudah dilakukan.
  3. dengan lafaz bisimillah dan doa mulakan kaki melangkah penuh keyakinan dan semangat untuk ke pejabat,sekolah atau kelas. Disarankan juga membaca ayat kursi dan selawat ke atas junjungan kita Rasulullah s.a.w. 



Tiga perkara di atas mungkin tidaklah sehebat mana yang anda fikirkan namun jika anda lakukan setiap hari insyaALLAH hari anda akan diselimutkan dengan semangat baru. Moga kita menjadi individu yang berjaya dan dirahmati Allah selalu.
Akhir kata dari saya, SELAMAT DATANG SEMANGA BARU. Wallahualam.






Welcome back to new semester will new spirit. Success will  wait the strength. May ALLAH give the permission to do so. 

Akhir kata,  mari mulakan kehidupan dengan semangat baru, kekuatan baru dan azam baru. Wahai kehidupan berjalanlah kau dalam keadaan yang tenang mengharungi lorong hidupa yang mencabar. Sabar dan tawakal kepada ALLAH. Walallhualam.
0

Salam Aidiladha


Assalamualaikum, mungkin sudah terlambat agaknya mahu mengucapkan di sini tetapi saya mahu juga ucapkan selamat hari raya Aidiladha. Moga segala pengorbanan kita selama ini diberkati Allah. Apa agaknya pengorbanan kita? Banyak. Cuma mungkin kita yang tidak sedar itu merupakan pengorbanan. Tidak kira ianya kecil atau besar jika diniatkan atas nama keikhlasan dan semata-mata untuk Allah makanya InsyaAllah kita peroleh kejayaan kelak.

Mungkin ramai di antara kelangan kita sudah tahu kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail. Suka saya ingatkan kisah ini kepada sahabat sekalian juga untuk diri sendiri. Mari kita sama-sama mengambil iktibar dari kisah berharga ini. Moga kita dirahmati Allah. InsyaAllah.
Sedikit kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya sendiri, Nabi Ismail a.s. 


Kisah Nabi Ibrahim A.S Sempena Aidiladha


Gambar Hiasan


Nabi Ibrahim AS. adalah salah seorang Nabi yang termasuk ke dalam ulul ‘azmi, yaitu golongan Nabi yang salahsatu cirinya memiliki kesabaran lebih dibanding manusia biasa. Beliau juga dikenal sebagai abul adyan (baca: bapa agama). Beliau adalah pengembara spiritual (pencari Tuhan) sebagaimana dikisahkan dalam surah al-An’am ayat 75-76.

Suatu hari, ketika Nabi Ibrahim a.s. berada di Mekah sedang dalam keadaan tertidur. Dia mendengar suara daripada Allah s.w.t. yang memerintahkannya agar dia menyembelih anaknya, Ismail. Nabi Ibrahim a.s. bangun daripada tidurnya dalam keadaan terkejut dengan mimpinya yang aneh itu. Nabi Ibrahim a.s. meminta keampunan dan perlindungan kepada Allah s.w.t. Dia kembali tidur. Mimpi yang seperti awalnya terjadi lagi. Dia bangun lagi dan tidur lagi. Akan tetapi, mimpinya masih tetap sama.

Nabi Ibrahim a.s. mengetahui bahawa perintah tersebut merupakan ujian yang harus dia jalani. Amat berat bagi Ibrahim a.s. untuk memberitahu isi wahyu itu kepada Ismail. Ismail pada saat itu menginjak dewasa dan boleh mencari nafkahnya sendiri. Nabi Ibrahim a.s. sangat senang kerana Ismail sudah besar. Nabi Ibrahim a.s. memberitahu perintah Allah s.w.t. tersebut kepada Ismail.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim a.s. berkata, 'Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu. Maka fikirkanlah apa pendapat kamu!' Dia menjawab, 'Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t. kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'"
(Ash-Saffat: 102)


Ketika Nabi Ibrahim a.s. hendak pergi melaksanakan penyembelihan puteranya itu, beliau berkata kepada Siti Hajar, ibu Ismail a.s.: "Tolong kamu pakaikan anak kamu Ismail pakaian yang paling baik dan cantik kerana aku akan pergi berziarah dengannya."

Siti Hajar memakaikan pakaian yang paling cantik kepada Ismail, memberinya minyak rambut, lalu menyisir rambutnya. Kemudian, Nabi Ibrahim a.s. pergi bersama Ismail dekat dengan kota Mina. Dia juga membawa tali dan pisau yang tajam. Waktu itulah, iblis terkutuk datang menggoda Nabi Ibrahim a.s. Mereka tidak pernah sesibuk seperti hari itu. Menyaksikan perkara itu, Ismail ketakutan dan berlari ke hadapan ayahnya.

Iblis lalu berkata: "Apakah kamu tidak memerhatikan badannya yang gagah, parasnya yang tampan dan perilakunya yang santun?"

Nabi Ibrahim a.s. menjawab: "Ya, tetapi aku telah diperintah oleh Tuhanku untuk menyembelihnya."

Apabila iblis terkutuk itu putus asa kerana tidak dapat menggoda Nabi Ibrahim a.s., dia pun pergi menemui Siti Hajar dan berkata: "Bagaimana boleh kamu hanya duduk-duduk sahaja, sedangkan Ibrahim pergi dengan anak kamu dan hendak menyembelih anak kamu?"

Siti Hajar menjawab: "Jangan berdusta! Aku tahu seorang ayah tidak akan sanggup menyembelih anaknya sendiri!"

Iblis berkata: "Suami kamu membawa pergi anak kamu sambil membawa tali dan pisau. Dia mengira Tuhannya telah menyuruhnya untuk itu."

Siti Hajar mengelak: "Nabi tidak diperintahkan untuk mengerjakan sesuatu yang sia-sia. Tapi, jika memang Allah s.w.t. telah memerintahkan perkara itu, aku sendiri bersedia untuk menurut perintah itu dengan jiwaku. Bukan hanya jiwa, malah anakku rela kukorbankan demi Allah s.w.t.!"

Apabila iblis terkutuk berputus asa kerana tidak boleh memujuk Siti Hajar, maka dia pergi menemui Ismail seraya berkata: "Hai Ismail, kamu nampak bersenang-senang, sedangkan saat ini ayah kamu membawa tali dan pisau untuk menyembelih kamu."

"Jangan berdusta, hai iblis. Mengapa ayahku hendak menyembelihku?" tanya Ismail.

"Dia mengira bahawa Tuhannya telah menyuruhnya demikian."

"Aku memerhatikan dan mentaati perintah Tuhanku!" tegas Ismail

Ketika iblis yang terkutuk itu melontarkan kata-kata yang lain, terlebih dahulu Ismail a.s. mengambil batu dan tanah lalu melemparkannya kepada iblis sehingga menyebabkan mata iblis yang kiri pecah dan menjadi buta. Setelah itu, barulah iblis pergi. Peristiwa inilah yang melatarbelakangi perintah Allah s.w.t.yang mewajibkan umat Islam untuk melemparkan batu di tempat itu untuk mengusir syaitan seperti yang dilakukan oleh Nabi Ismail.

Apabila Nabi Ibrahim a.s. sampai di Mina, beliau berkata kepada Nabi Ismail: "Anakku, aku mendengar dalam mimpiku bahawa Allah s.w.t. telah memerintahkanku untuk menyembelih kamu. Bagaimana pendapat kamu?"

Maksud daripada pertanyaan Nabi Ibrahim a.s. adalah dia meminta pendapat Nabi Ismail tentang perintah dalam mimpinya itu. Adakah Ismail akan tabah dan sabar menerima perintah Allah s.w.t. itu, atau Ismail akan menolaknya dan meminta ampun kepada Allah s.w.t. sebelum perintah itu dilaksanakan. Sekaligus sebagai ujian adakah Ismail akan menjawab dengan penuh perhatian dan taat kepada perintah Allah s.w.t. atau tidak.

Lalu Ismail menjawab: "Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang Allah s.w.t. perintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t., ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar dalam menjalankan perintah Allah s.w.t."

Apabila Nabi Ibrahim a.s. mendengar jawapan dari puteranya itu, beliau tahu bahawa doanya telah dikabulkan oleh Allah s.w.t. iaitu: "Rabbi hablii minash solihiin. (Ya Tuhanku, berikanlah aku anak yang soleh)." Lalu, Nabi Ibrahim a.s. pun mengucapkan pujian dan syukur serta berterima kasih kepada Allah s.w.t.

Kemudian Ismail berkata: "Wahai ayah, aku sampaikan beberapa pesanan kepada ayah! Hendaklah ayah mengikat tanganku agar aku tidak dapat bergerak-gerak kerana mungkin aku akan menyakiti ayah. Hadapkan wajahku ke tanah agar ayah tidak dapat melihat wajahku dan berasa kasihan kepadaku. Hendaklah ayah melipat kain ayah agar tidak dilumuri darah meskipun sedikit sehingga mengurangkan pahalaku dan diketahui oleh ibu hingga dia menjadi sedih. Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah dan mempercepatkan sembelihannya di atas leherku agar aku tidak merasa terlalu sakit kerana sesungguhnya mati itu sakit sekali.

Hendaklah ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai kenang-kenangan dariku, serta sampaikan salam hormatku kepadanya dan katakan; Bersabarlah engkau menerima perintah Allah s.w.t. dan jangan beritahu kepadanya bahawa ayah telah menyembelih aku dengan mengikat tanganku. Jangan pula ayah memasukkan anak-anak ke rumah ibu, agar kesedihannya tidak terlalu lama. Begitu juga ayah, janganlah kamu melihat anak seusiaku kerana nanti ayah akan menyesal dan bersedih terhadapku."

Mendengar permintaan anaknya, Nabi Ibrahim a.s. berkata: "Sebaik-baik penolong adalah kamu, wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t."

Kemudian kedua-duanya bersiap untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t. Nabi Ibrahim a.s. sendiri yang akan membaringkan Nabi Ismail seperti membaringkan kambiing yang akan disembelih. Ada juga yang mengisahkan Nabi Ibrahim a.s. menelungkupkan wajah Ismail dengan syarat agar tidak melihat sesuatu yang akan menimbulkan kasih sayangnya sehingga dapat menghalangnya daripada melaksanakan perintah Allah s.w.t. Kejadian itu terjadi di suatu sisi seketul batu besar yang terletak di Mina.

Ada yang mengisahkan kejadian itu berlaku di suatu tempat di Mina. Ketika Nabi Ibrahim a.s. meletakkan pisaunya pada leher Ismail a.s., beliau pun berusaha memotong dengan kuat sekali, tetapi sekuat manapun dia mencuba, dia tidak mampu untuk memutuskan leher anaknya itu.

Sesungguhnya ketika kejadian itu berlaku, Allah s.w.t. telah membuka tutup mata para malaikat yang ada di langit dan di laut. Ketika melihat Nabi Ibrahim a.s. telah menyembelih puteranya Ismail, mereka tersungkur bersujud kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman: "Perhatikan oleh kamu sekalian tentang hamba-Ku ini, bagaimana dia meletakkan pisau di atas leher puteranya untuk mengharapkan keredhaan-Ku, sedangkan kamu dahulu telah menyatakan sesuatu ketika Aku berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikan di bumi ini seorang khalifah." Kamu berkata: "Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi dan akan menumpahkan darah, sedangkan kami semua maha sucikan Engkau?"

Kemudian Ismail berkata lagi: " Wahai ayahku, lepaskanlah ikatan tali di tangan dan kakiku agar Allah s.w.t. tidak memandang aku sebagai orang yang terpaksa mentaati perintah-Nya. Kemudian letakkan pisau itu di leherku agar malaikat-malaikat tahu bahawa putera Ibrahim a.s. telah mentaati perintah Allah s.w.t. dengan ikhtiar (pilihan sendiri dan secara sukarela)."

Lalu, Nabi Ibrahim pun menelentangkan kedua-dua tangan Ismail dan kedua kakinya yang tanpa ikatan serta memalingkan wajahnya ke tanah lalu menekankan pisau dengan sekuat tenaganya. Namun dengan izin Allah s.w.t., ternyata pisau itu tidak boleh memotong leher Ismail.

Melihat kejadian itu, Ismail berkata: "Wahai ayahku, kekuatan kamu menjadi lemah kerana kamu masih menyimpan cinta kamu untukku. Oleh kerana itulah, kamu tidak boleh menyembelih aku."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. memukulkan pisau itu pada batu dan batu itu pecah menjadi dua.

Kemudian Ibrahim a.s. berkata: "Hai pisau, engkau mampu membelah batu itu, tetapi mengapa engkau tidak mampu memotong leher anakku?"

Dengan izin Allah s.w.t., pisau itu dapat berbicara dan menjawab: "Wahai Nabi Allah Ibrahim, kamu memang mengatakan "Potonglah!" kepadaku, sedangkan Tuhan penyeru alam sekalian juga berfirman: "Jangan kamu potong!" Maka bagaimana mungkin aku mentaati kamu, sedangkan aku harus menderhakai Tuhanku dan Tuhan kamu?"

Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Dan kami menyeru: "Hai Ibrahim, sungguh kamu telah membenarkan mimpi kamu. Daripada semua yang kamu lakukan, Aku boleh melihat bahawa kamu bersungguh-sungguh telah memilih keredhaan-Ku daripada kecintaan kamu terhadap anak kamu. Oleh sebab itulah, kamu termasuk golongan orang-orang yang taat kepada perintah-Ku. Sesungguhnya ujian ini merupakan ujian yang nyata. Penyembelihan itu adalah ujian yang nyata untuk mengetahui antara yang ikhlas dan yang tidak ikhlas dan merupakan ujian yang sangat sukar kerana tidak ada yang sesukar ujian ini."

"Maka, Kami selamatkan orang yang diperintahkan menyembelih dengan sembelihan yang besar daripada syurga, iaitu kambing kibas yang dahulu telah dikorbankan oleh Habil yang telah diterima darinya. Korban (kambing) itu tetap berada di syurga sehingga Ismail ditebus (ditukar) dengan kambing itu. Oleh sebab itulah, Kami perintahkan kepada Jibril untuk membawa kambing kibas itu ketika terakhir kali engkau meletakkan pisau kamu kepada leher Ismail."

Malaikat Jibril lalu berseru untuk mengagungkan Allah s.w.t. dan merasa takjub (kagum) menyaksikan perbuatan Nabi Ibrahim a.s. sambil berucap: "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. membalas ucapan Jibril dengan ucapan: "La ilaaha illallaahu Allahu Akbar."

Begitu juga Ismail, dia menyambutnya dengan ucapan: "Allahu akbar wa lillahil hamdu."

Kemudian Allah s.w.t. memuliakan ucapan itu lalu mewajibkan umat Islam untuk mengucapkannya pada hari raya Aidil Adha untuk mengikut jejak Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya, Nabi Ismail yang sentiasa redha dan taat dalam menjalankan perintah Allah s.w.t.

Ya, itulah dia pengorbanan Nabi Ibrahim serta anakandanya. Merangkap peristiwa inilah kita setiap tahun akan merayakan Aidiladha ini pada setiap 10 Zulhijjah. Bertakbir, bertahmid memuji Allah.
Peristiwa Nabi Ismail a.s inilah memulakan langkah di mana setiap umat Islam yang mengerjakan Haji diwajibkan melontar Jamrah pada 11,12,13 Zulhijjah. (Jamratul Ula, Wusta, Aqabah)
Sahabat sekalian, mari kita hargai pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dengan erti pengorbanan sebenarnya. Moga ianya memberi seribu rahmat buat kita semua. Wallahualam.


Selamat Hari Raya Aidiladha

~Salam Ukhuwah~
0

Allah Dekatilah hambaMU ini.

  
 

Allah maha penyayang. Maha mengasihani. Maha pemelihara. Pagi ini merasa sedikit kelegaan biar mata tidak dapat tidur. Manusia lain sedang lena dibuai mimpi. Aku di sini entah kenapa tidak dapat melelapkan diri. Hembusan angin pagi ini sungguh lembut menyentuh kulit hitam manisku ini. Maniskah? Agaknyalah. Anugerah Allah.
 Mengenang kisah lama begitu memeritkan. Sejarah silam yang takkan pernah mungkinku lupa hingga nafas ini berhenti sekalipun hati tetap ingat. Itu kenangan. Orang kata dari kenangan pahit itu mengajar kita erti pengalaman hidup. Semua manusia punya cerita sendiri.
 Mengelamun sendirian tanpa sedar jam sudah berdetik meninggalku jauh. Diri juga terasa jauh. Jauh dari Allah. MasyaAllah. Ampunkan hambaMU ini. Mungkin kerana terbawa-bawa perasaan sedih menghitung diri.
Seusai bertadarus barulah hati kian beransur pulih namun masih terpalit resah hati.
Ya, Rabb..
hati kian hampar, wajah kian suram. Mengapa? 
Maafkan aku kerana melakukan dosa. Sedayanya aku cuba perbaiki namun masih rapuh.
Sedayanya aku cuba mencintaiMU dari segalanya namun masih lemah.
Sedayanya aku cuba merinduiMU namun masih belum cukup.

Ya Rabb..
Tangan diangkat menadah langit pula setelah sujudku dibasahi linanangan air mata.
Tidak cukup rasanya mahu berbicara denganMU.
Terasa berat ingin meminta padaMU kerana hambaMU ini banyak memungkirimu.
Berat juga lidahku mahu berbicara. Kelu. Hampir tidak tahu apa yang dikatakanku sendiri.
Ya Rabb..
Pagi yang penuh syahdu ini hambaMU mohon keampunan. Ampunkan dosaku.
Apa saja yang telah aku lakukan ampunkanlah Ya Rabb kerana aku takut jika esok masaku sudah sampau andainya esok aku tiada lagi di dunia ini.

Ya rabb..
Mana mungkin aku melupaiMU yang menjadikan aku hidup di atas muka bumi ini.
Aku tahu aku ini kerdil. Aku hanya pinjaman. Aku hanya sementara.
Terima Kasih kerana telah memberi kejayaan padaku walaupun aku telah banyak melukaiMU ya Rabb.
Indahnya sikapMU ya Tuhanku. 
Hatiku juga teringin benar ingin melihat wajahMU. Bagaimana ya? 
hatiku juga berasa teruja ingin melihat kekasihMU yang dicintai. Bagaimana wajahnya?
Bermimpi pun padaku sudah memadai ya Rabb tapi apakan dayaku kerana aku tahu aku tidak layak mendapat mimpi sebegitu. 
Namun, terselit di hati kecil ini mahu menemui Rasululullah s.a.w.
Melihat wajahnya walaupun di dalam mimpi dan mimpi itu akan menjadi indah selamanya. 

ya Rabb..
Bantulah hambaMU ini. Aku mohon dengan sangat.
Syurgaku pinta neraka jauh sekali.
Ampunkan hambaMU ini.. 
 
0

5 Syarat Buat Maksiat

Ada siapa mahu melakukan maksiat? Ada siapa mahu rasa kenikmatan maksiat atau yang bercita-cita tinggi mahu melakukannya. Nah, saya sarankan anda melakukan 5 PERKARA ini dan kemudian fikirkan. Apakah layak kita ini melakukan maksiata di atas muka bumi Allah sedangkan nafas kita pun Allah yang beri. Ditarik nafas makanya kubur menanti...

 5 Syarat nak buat maksiat...


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata, "

Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? "

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? " "Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian,

 apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? " "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

 "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. " Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.


Sekarang bagaimana? Masih layakkah kita? Ketahuilah, kita hanya sementara di dunia ini. Mari kita bersama muhasabah diri kembali. Saya juga masih dalam pembaharuan ini. Moga kita semua mendapat hidayahNYA dan rahmatNYA. InsyaALLAH.

~salam Ukhuwah~
0

Al-Quran & Zikir

Manusia tidak pernah lari dari perasaan sedih, hiba dan duka. Adakala hati ini goyah dan rapuh. 
Lumrah manusia agaknya? Allah maha mengetahui apa tujuannya dicipta manusia punya perasaan begitu. Namun, kita sering lupa. Lupa akan apa yang seharusnya kita buat.
Adakala kita lupa bahawa kita ini ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Kita tahu kita sedih tapi kita diam. Buat tak tahu saja. Ada setengahnya begitu. Mengapa perlu begitu? Bukankah Allah sudah mengatakan mahu membantu kita malah memperkenankan doa kita. Apa lagi mahu kita?  Usah tenggelam dengan sedih itu. Mari kita doa untuk dikukuhkan iman dan dibuang rasa sedih itu yang mengugat emosi kita.


"Oh, saya perlukan Al-Quran bukan suka ria" Bentak hati. 
lalu apa kalian tunggu lagi? Ayuh! Wudhukan dirimu. Dirikan Solat dan bacalah Al-Quran. Al-Quran itu sebaik-baik penyelesaian bukan hiburan semata.
Saya jamin anda akan bahagia apabila membacanya. 1 huruf saja sudah dapat pahalanya. Indah bukan Allah? Itulah pencipta kita. Kasih pada kita. Masih berikan ganjaran walaupun hanya satu huruf.
 

Tangan gapaikanlah tasbih itu lalu ucapkanlah zikir. 
Sedih itu akan hilang. Percayalah.
Mari kita amalkan Al-Quran dan Zikir. InsyaAllah. Kita akan selamat dunia dan akhirat. 

Al-Quran dan Zikir itu pendinding diri.



~Salam Ukhuwah~
 
Copyright © Selimut kehidupan