Hadirnya memberi seribu makna. Pengubat luka penyeri hidup. Madah dilemparkan buat penenang jiwa. Sungguh, ianya wujudkan suasana harmoni buat diri.
Kadang-kadang ianya datang dengan gembira dan kadang-kadang ianya pergi tak semena. Pedih. Itu yang dirasai. Apakah itu? Makanankah? Minumankah? Atau madah semata-mata? Itulah CINTA.
CINTA itu indah. Cinta itu mengasyikkan. Apabila Cinta menyapa diri kita seolah berada diawangan. Seolah dunia ini kita yang punya.
Tapi apakah itu CINTA? Cinta memerlukan pasangan? Ya, ramai beranggapan sebegitu. Tapi sebenarnya apakah mereka memahami apa itu CINTA?
Tidak ramai yang memahami Cinta. Membiarkan cinta melalaikan jiwa. Saya ada baca buku bertajuk batu-bata kehidupan. Penulisnya adalah Hilal Asyraf. Dia mendefinisikan cinta satu kata unik pada perkiraan saya. Katanya, cinta adalah yang membawa hingga ke syurga. Saya setuju dengan katanya. Mendalam maknanya.
Cinta itu sesuatu yang suci. Ramai anak muda sekarang memilih jalan yang salah untuk menghulurkan cinta. Pada mereka berpasangan itu di namakan cinta. Rasa kosong hati ini jika tak diisi dengan cinta dan pasangan. Benarkah?
Seharusnya kita tahu bahawa cinta perlu berlandaskan syariat Islam. Kita rasa berpasangan itu perlu untuk mengenali hati budi masing-masing. Tahukah kita bahawa jika kita tak berpasangan sekalipun kita boleh bercinta. Caranya, cintalah pada Allah dahulu dan mencintai rasuk kita Nabi Muhammad s.a.w. Kadang-kala dek kerana mengejar cinta dunia kita lupa akan Allah, Rasul malah ada yang sanggup mengetepikan keluarga sendiri. Wah, hebat bukan cinta itu? Membuat manusia lalai. Tapi itu cinta pada insan lelaki dan perempuan.
Bagaimana dengan cinta pada diri sendiri? Sanggupkah kita membuang kesucian cinta kerana cinta? Sanggupkah kita mengotorkan hati kerana cinta? Tanya kembali pada diri kita. Fikirkan.
Apa yang lebih menyedihkan, kita sanggup lupakan kawan kerana cinta? Mengetepikan sahabat yang sudah lama kita kenal demi cinta yang belum tentu ke jinjang pelamin ini?
Ya, sudah ramai yang begitu. Bila hati dilukai barulah kita hendak bertemu dengan kawan-kawan mengadu tentang permasalahan. Situasi ini selalu terjadi.
Cinta mampu mengubah kita. Bukankah kita selalu begitu? Mari kita Fikirkan bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
thats right.we should love Allah first to enrich and spread our love to others..thanks for this reminder,friends :)
Thanks..Tu part I..Ada lagi lepas ni..InsyaAllah..
=)
Post a Comment