0

Bersahabat kerana Allah

 Saya membelek laptop lalu terjumpa artikel ini. Entah bila dan di mana saya ambilnya pun saya sudah lupa. Sekadar ingin berkongsi kerana artikel ini menarik isinya. Marilah sahabat kita buka hati dan minda untuk membaca artikel ini.


"Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?" tanya seorang sahabat kepada saya.
"Mencintaimu kerana Allah," Ringkas jawapan saya.
Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. Riak muka tidak puas hati lagaknya.
"Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya," luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan.
Terhenti seketika kerja yang saya sedang lakukan. Berfikir tentang kata-kata sahabat sebentar tadi.
"Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir erti uhibuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah 'dia milik aku' sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini," memandang sahabat dengan penuh pengertian.
Benar, ini kisah realiti. Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin memiliki. Mengikut ilmu psikologi, inilah yang dinamakan innate motive.
Maknanya jangan berkasih sayang lah?
Tidak.. bukan itu yang saya maksudkan. Berkasih sayang itu perlu, tetapi berpada dan kawallah diri. Berukhwah kerana Allah semata-mata. Jadi takkan timbul isu 'dia milik aku'.
Tidak Cemburu
Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.
Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?
Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)
Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.
Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.
Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar tentang makna basitah (kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih, segala benda jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau mahu sayangi semua, bukan memilih-milih pula.
Nasihat ini jelas untuk saya dan semua yang mempunyai sahabat. Mungkin ini sudah terjadi atau bakal terjadi. Makanya saya mahu mengingatkan dahulu sebelum terkena pada diri sendiri atau yang lain juga.
Uhibbuki fillah, best friend, teman sejati atau apa-apa sahaja akan menjadi retorik semata-mata jika setiap perhubungan itu tidak di dasari dengan iman dan takwa. Usah tertipu dengan mainan perasaan sendiri. Perbetulkan niat kembali jika masih ada cemburu di hati.
Layanan Istimewa Untuk Semua Sahabat
Sayugia saya mahu mengingatkan kalian tentang kisah Rasulullah SAW dalam bersahabat.
Adakah para sahabat yang lain merasa cemburu dengan Abu Bakr apabila Rasulullah SAW mengatakan Abu Bakr adalah teman baiknya. Saidina Umar, Uthman, Ali dan sebagainya tidak cemburu melihat persahabatan itu kerana Rasulullah SAW melayan para sahabat yang lain juga dengan istimewa. Inilah yang perlu kita contohi bersama.
Jika kita mampu untuk memberi hadiah, belanja kawan, sentiasa saling mengingat, membantu dia, bertanya khabar kepada kawan yang seorang; beri layanan istimewa dan memasak untuk kawan seorang, kenapa tidak kepada kawan yang lain kita lakukan sebegitu rupa? Adakah Islam mengajar kita untuk membanding beza darjat?
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu menyerobot transaksi sebagian yang lain, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya, membiarkannnya (tidak memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh menghinakannya.
Taqwa itu berada di sini (beliau menunjukkan dadanya tiga kali). Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." (HR. Muslim dan Ibnu Majah)
Jadi, mari kita tajdidkan (memperbetulkan) niat kita dan banyakkan muhasabah. Mungkin selama ini kita berukhwah bukan kerana Allah tetapi atas dasar lain.. peribadi ke, minat yang sama ke, perasaan ingin memiliki ke..
Mari koreksi diri.. mari istighfar berulang-ulang kali..
"Ada tak orang rasa cemburu dengan kita. Mereka rasa takut untuk rapat sebab kita berkawan baik?" tanya sahabat lagi.
"Wallahua'lam, jika ada yang berfikiran sebegitu, mesti ada silap dia dan silap kita juga. Dalam ukhwah ini kita membina ithar tetapi kita perlukan juga basitah," tuntas saya.
Moga ini dapat menjadi renungan untuk para sahabat di luar sana. Sungguh mungkin ini juga bakal terjadi pada saya dan anda, kita tidak tahu. Jadi persiapkan diri dan bermuhasabah kembali.
Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah..
Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.
Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..
Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..
  
~Salam Ukhuwah~ 

0

10 wasiat Imam Hasan Al-Banna

  1. Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.
  2. Bacalah Al-Quran, atau pelajarilah tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah kepada Allah. Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.
  3. Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syiar Islam.
  4. Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
  5. Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.
  6. Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selaian kesungguhan.
  7. Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.
  8. Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik.
  9. Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal mengenal. 
  10. Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai suatu urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.
 
0

Batu-bata kehidupan

 



 Satu hari saya sedang membelek buku di kedai buku berdekatan dengan rumah. Itu kebiasaan saya di hujung minggu mencari buku untuk dibaca. Saya suka membaca buku-buku yang pada saya memberi manfaat pada saya dan dapat saya kongsikan pada sahabat. Batu-bata kehidupan yang ditulis oleh Hilal Asyraf. Buku ini menceritakan tentang kehidupan kita dan bagaimana mahu mendekatkan diri dengan Allah. Isu yang dikupas juga pada perkiraan saya sangat mantap.

Sinopsis:

Terdiri daripada tiga manduk utama iaitu Allah, Cinta dan Kehidupan Mukmin yang merupakan bahan bina penting dalam struktur 'bangunan kehidupan' setiap insan. Batu-bata kehidupan mengajak pembaca membina 'bangunan kehidupan' dengan bahan bina yang berkualiti dan utuh agar ia dapat bertahan hingga ke akhirat.

Bukan semua orang faham berkenaa ukhuwah. Ya, kita sayang sahabat kita. Tetapi, apakah sahabat kita itu faham makna ukhuwah tertinggi adalah itsar, (melebihkan sahabat daripada diri sendiri) dan ukhuwah terendah adalah berlapang dada, apakah sahabat kita faham perkara yang sama? Kalau sahabat kita faham, apakah dia kuat untuk menggerakkan kefahamannya dalam amalan?

Ya, itulah serba sedikit mengenai Batu-bata kehidupan. Cadangan saya, belilah buku ini jika anda mahu kelainan buku motivasi. Buku ini meberi motivasi kepada kita agar selalu kasihkan Allah, Rasul, Ibu Bapa serta sahabat kita. Adunan yang berbeza dari anak muda ini mampu mengorak langkah baru buat kita. InsyaAllah. 

~salam ukhuwah~

2

Cinta I

Hadirnya memberi seribu makna. Pengubat luka penyeri hidup. Madah dilemparkan buat penenang jiwa. Sungguh, ianya wujudkan suasana harmoni buat diri.
Kadang-kadang ianya datang dengan gembira dan kadang-kadang ianya pergi tak semena. Pedih. Itu yang dirasai. Apakah itu? Makanankah? Minumankah? Atau madah semata-mata? Itulah CINTA.

CINTA itu indah. Cinta itu mengasyikkan. Apabila Cinta menyapa diri kita seolah berada diawangan.  Seolah dunia ini kita yang punya. 
Tapi apakah itu CINTA? Cinta memerlukan pasangan? Ya, ramai beranggapan sebegitu. Tapi sebenarnya apakah mereka memahami apa itu CINTA?  

Tidak ramai yang memahami Cinta. Membiarkan cinta melalaikan jiwa. Saya ada baca buku bertajuk batu-bata kehidupan. Penulisnya adalah Hilal Asyraf. Dia mendefinisikan cinta satu kata unik pada perkiraan saya. Katanya, cinta adalah yang membawa hingga ke syurga. Saya setuju dengan katanya. Mendalam maknanya.

Cinta itu sesuatu yang suci. Ramai anak muda sekarang memilih jalan yang salah untuk menghulurkan cinta. Pada mereka berpasangan itu di namakan cinta. Rasa kosong hati ini jika tak diisi dengan cinta dan pasangan. Benarkah?

Seharusnya kita tahu bahawa cinta perlu berlandaskan syariat Islam. Kita rasa berpasangan itu perlu untuk mengenali hati budi masing-masing. Tahukah kita bahawa jika kita tak berpasangan sekalipun kita boleh bercinta. Caranya, cintalah pada Allah dahulu dan mencintai rasuk kita Nabi Muhammad s.a.w.  Kadang-kala dek kerana mengejar cinta dunia kita lupa akan Allah, Rasul malah ada yang sanggup mengetepikan keluarga sendiri. Wah, hebat bukan cinta itu? Membuat manusia lalai. Tapi itu cinta pada insan lelaki dan perempuan. 


Bagaimana dengan cinta pada diri sendiri? Sanggupkah kita membuang kesucian cinta kerana cinta? Sanggupkah kita mengotorkan hati kerana cinta? Tanya kembali pada diri kita. Fikirkan.


Apa yang lebih menyedihkan, kita sanggup lupakan kawan kerana cinta? Mengetepikan sahabat yang sudah lama kita kenal demi cinta yang belum tentu ke jinjang pelamin ini?
Ya, sudah ramai yang begitu. Bila hati dilukai barulah kita hendak bertemu dengan kawan-kawan mengadu tentang permasalahan. Situasi ini selalu terjadi. 

Cinta mampu mengubah kita. Bukankah kita selalu begitu? Mari kita Fikirkan bersama.



 
Copyright © Selimut kehidupan