Nota Kehidupan.

Angin pergi mengusung rindu.
Meninggalkan rasa hati nan pilu.
Lalu hati sambut sapaan sedih yang adakalanya berbunyi sepi.
Insan datang dan pergi.
Tak kembali lagi.


Aku di sini bersama momen indah.
Menghurai satu persatu.
Bait-bait indah itu sungguh membuatku teruja.
Diukir bersama sejuta senyuman yang mungkin  terakhir bagiku.


Tibanya aku di ruangan sepi.
Kelam. Suram. 
Patuh dengan segala ketentuan.
Maka aku menarik kembali diri keruangan indah.
Sedikit senyuman di situ. Manis tapi kelat.
Lemparan senyuman masih dilontar.


Lalu berlalu meninggalkan kenangan yang ada.
Tanpa menyedari deraian air mata mengalir.
Kau datang sebentar. Pergi selamanya.
Aku akur. Aku redha.


Terima kasih kerana pemberi sedikit momen.
Walaupun pahit. Pahit kerna tiada lagi hilai tawa seperti dulu.
Kaget melihatmu. Sepi pandangan mataku.
Lara hati terus bertalu.


Muzik kehidupan memang begitu.
Rentaknya adakala harmonis, adakala sedih adakala sedikit suram dan ganjal.
Aku hanya mampu memandang dengan secebis doa tanpa henti.
Walau jauhnya di pandangan mata tapi di hati masih dekat menanti.


Pandangan sepi kulontarkan.
Kembali menagtur kehidupan.
Berjalan mahupun merangkak tetap diteruskan.
Mungkin kelainan ini agak ganjal tetapi ianya akan terbiasa.
Terbiasa dengan hidup baru ini.


Mungkin perjalanan tidak seperti dulu.
Sedikit berat langkah kaki ini.


Maafkan ku..Biarkan Aku Begini. Walaupun Hanya Sebentar.
"Selamat Berhijrah ke destinasi baru"

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Selimut kehidupan