Rindu Yang Tak Terungkap.

Hati resah gelisah.
Terasa kering sungguh jiwa aku ini.
Inginku basahkan dengan bermunajat di kala dinihari.
Berpanjangan munajat itu hingga mengalir air mataku.

Gelisah hati disahut dengan suatu rasa yang sungguh tak pasti.
Ku renung sejenak untuk mencari kebenaran dan kepastian.

Serba tak kena hati ini.
Aku seolah rindukan sesuatu.
Sesuatu yang aku sudah lama tak hampiri.
Sesuatu yang sudah lama tak ku gapai.

Rindunya padaMU wahai penciptaku.
Tak terungkap bicara hati piluku.
Mendongak ke langit sambil melihat sunyi malam sesunyi hatiku.
Aku sunyi untuk bangun merintih pada sang pencipta.
Yang mencipta aku menjadi manusia dari tanah dan dari tanah juga akan ku kembali nanti.

Lama sungguh rasa hatiku ini.
Bisik ku sendirian. 
Masih gelisah kerana rindukan tahajudMU ya tuhanku.
Masih lama lagikah?
Sungguh aku rindu untuk bangun menadah tangan mohon keampunan dariMU.
Aku rindukan tangisan malamku kerana berdosa padaMU.

Aku menunggu waktu serta ruang yang ada.
Terasa begitu lama tidak bangun untuk berkomunikasi denganMU.
Terlalu lama jasad ini berbaring di tilam yang empuk itu.
Berpelukan dengan bantal.

SyurgaMU aku pinta.
CahayaMU aku sanjung.
HidayahMU aku cari.
Jalan kebenaran destinasiku.
Berikan aku kunci ke syurgaMU yang hakiki itu.
Datang dengan amalan penuh di dada.
Datang menemui penciptaku.

Azab kuburMU sungguh dahsyat.
NerakaMU sungguh pedih.
Lindungi hambaMU ini dari segala seksaan.

Datang malaikat mencabut nyawaku.
Memanggil namaku.
Sahutku dengan ketakutan menyelubungi.
Bergetar suaraku.

Lubang digali untuk aku.
Beri laluan untuk aku masuk ke dalam tanah.
Gelap tanpa cahaya.
Keseorangan aku menanti yang seterusnya.
Terdengar talkin dibaca.
Terdengar juga tangisan suara orang yang menyayangiku.
Merintih pilu.
Aku akhirnya pergi meninggalkan mereka.
Pergiku tanpa sebarang ucapan.

Dua nisan tegak berdiri.
Menjadi tugu dan peringatan tatkala para sahabat handai serta kenalan lain datang menjenguk ku.
Aku pula di dalam entah apa yang ku lakukan.

Itulah bayangan kematian yang meragut hatiku.
Aku ketakutan.
Namun, ku buang rasa takut lalu semaikan dengan amalan yang berseli dengan pahala.

SyurgaMU aku pinta.
CahayaMU aku sanjung.
HidayahMU aku cari.
Jalan kebenaran destinasiku.
Berikan aku kunci ke syurgaMU yang hakiki itu.
Datang dengan amalan penuh di dada.
Datang menemui penciptaku.

Rindu PadaMU Tak Terungkap. 

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Selimut kehidupan