Pernahkah anda fikir bahawa kita ini sebenarnya istimewa di sisi Allah? Pernahkah anda terfikir ujian yang mendatang ini menyebabkan iman kita semakin teguh? Pernahkah anda fikir bahawa segala nikmat yang telah Allah beri secara percuma itu tiba-tiba ditarik dalam sekelip mata? Terkadang di antara kita juga menyalahkan Allah. Apa agaknya yang perlu kita lakukan sebenarnya jika diuji? Bagaimana mahu menjadi kuat?
Buku Bila Allah Menduga Kita akan memberi jawapan kepada anda. Selepas membaca buku ini anda tidak akan sangka bahawa betapa bertuahnya anda di bumi Allah ini. Tahu kenapa? Buku ini mampu memberi jawapan. Garapan penulisnya, Syed Alwi Alatas berkaitan dengan isu semasa. Kejadian yang selalu menimpa kita.
Sinopsis:
Bila Allah Menduga Kita lebih terperinci tentang aspek-aspek kehidupan manusia seharian. Ianya berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukan, terpulang pada individu bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut.
Kita harus ingat, setiap saat Allah akan menduga umatNya dengan berbagai ujian tidak kira dari segi kesusahan mahupun kesenangan. Sikap sabar, tabah, berdoa dan bertawakal amat penting kerana Islam sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yang indah, terpulanglah pada individu untuk memahami dan mempraktikkan dengan baik supaya tidak hanya berjaya di dunia malah di akhirat kelak.
Oleh itu, setipa perkara yang akan datang perlulah ditangani dengan bijak, jangan bertindak terburu-buru dan selebihnya berserah kepada Allah SWT.
Jadi, bagaimana sahabat sekalian? Berminat? Jika berminat silalah dapatkan di kedai buku. Saya jamin anda tidak akan rugi kerana mendapat ilmu itu tidak akan merugikan manusia di dunia ini malah akan mendapat manfaatnya. InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment