1

Jiwa yang remuk.

Angin pagi menyapu sepi pipi. Sejuk. Nyaman terasa membeku tulang-belulang. 
Jam 4.50 pagi masih lagi berjaga. Membuat kerja-kerja yang masih tertangguh. Cuti juga masih berbaki sehari lagi. Mata payahnya mahu pejam. Apabila fikiran terlalu memberatkan soal dunia ini, sungguhnya memang sukar lelap.

Ya Rahman, kekuatanku hampir tipis mengharung kehidupan ini. Sepanjang tempoh dua tahun ini begitu banyak mengajar aku. Ajar aku erti hidup yang bermakna, hidup yang banyak memberi berbanding menerima.

Ya Rahman,hatiku berombak. Imanku ada naik dan ada turunya.
Aku penat dan lelah dengan sikap manusia. Sungguh, aku penat.

Mereka tidak faham segala isi hatiku. Mereka tidak berada di tempatku.

Aku berduka. Sedih terasa makin dalam. Mengapa mereka begitu? Menyalahkan orang lain sedangkan salah itu tetap ada pada mereka. Hebat sungguh mereka menunding jari melepaskan bebanan mereka semata.

Ya Rahman, aku sudah hampir berputus asa. Sudah mahu jatuh dan tak mahu bangun. Pintaku hanya kekuatan untuk aku harung jalanan hidup yang keruh ini dan mencari masih adakah jernihnya. Tercari-cari aku di mana ia. Ruang untuk aku berjalan dengan kukuh tanpa rasa goyah sedikit pun. Berjalan dengan penuh yakin. 

Berikan aku kekuatan itu. Kerana aku sudah hampir senget. Sudah hampir rebah.
Berikan kekuatan walaupun hanya sedikit untuk aku tampung segala sopak yang ada. Sopak yang membuat jiwaku nipis dan remuk.

Ya Rahman. 
Ringankan sedikit bebanan ini. 
Bahu semakin berat.


14 Mei 2014,
14 Rejab 1435H.
0

Assalamualaikum.

Hari ini setelah sekian lama menyepi aku buka blog ini. Melihat apa yang sudah lama aku tinggalkan. Dua tahun lepas aku di sini. Masih belajar, masih mencari. Kini, berlalu sudah dua tahun dengan penuh pelbagai rasa. Sukar aku ingin ucapkan. 
Dalam dua tahun ini juga pelbagai perkara yg berlaku. Sedih, kecewa, gembira semua beralun dlm satu rasa yang membentuk diri aku sekarang. 

Orang kata pengalaman itu mengajar erti kedewasaan sebenar. Benar, itu yang aku rasakan. Beza aku dan dahulu matangnya fikiran dlm membuat keputusan.

Hmm..indah hidup ini. Allah cuba mendidik diri kita. Menjadi insan yg bertaqwa. Selalu ingat padanya. Terima kasih Allah. Alhamdulillah. 

Terakhirnya, mungkin akan aku teruskan menulis andai masa mengizinkn. Masa aku sudah terhad dengan kerja di office. Terasa rindu dengan penulisan. Melihatkan nanti akan adakah perbezaan tulisan ini dengan dua tahun lepas. 

Alhamdulillah. 

Selasa, 13 Mei 2014
13 Rejab 1435H.


0

Perjalanan Hidup

Perjuangan masih belum selesai. Nada-nada syahdu mengetuk pintu hati.
Andainya masih punya waktu inginku selalu bersama denganMU Ya Rabb menadah hati yang kian hiris, hari demi hari.
Sulam hati bersama keindahan ciptaan alam ini membuatkan aku berfikir, apakah waktu bersama di dunia masih ada lagi. Waktu yang kian pergi meninggalkan diri terkapai-kapai mencari sinar cahaya ketulusan hati. Apakah masih ada ruang dan waktu untuk aku perbaiki diri penuh dosa ini?

Perjalanan hidup ini semakin singkat. Semakin menyesak dada. Berombak lalu beralun pergi dengan ketenangan. 
Perjalanan hidup hari ini kian getir. Semakian lama semakin kerisauan melanda. 

Tidak pernah aku tahu mengapa lantas mencari jawapannya. Jawapannya hingga kini aku tidak beroleh apa pun namun hidup ini perlu diteruskan, perlu lemparkan senyuman biarpun hati bernanah luka. Senyuman juga mampu mengubat segalanya.

Tuhanku, lindungilah aku dari kesangsian agamaMU kerana aku lahirnya sebagai Islam dan matiku juga dalam Islam. Namaku Islam dan akhir hayatku juga akan tetap Islam yang bukan hanya sekadar pada nama sahaja tapi pada iman dan amal soleh.

Izinkan aku terus berjuang Ya Rabb..Di saat akhir ini, benarkan hatiku mencintaiMU. MerinduiMU dan merasa kasih sayangMU. Ya Rabb, benarkanlah hambaMU ini bersatu denganMU suatu hari nanti di SYURGAMU yang indah itu. Iringilah selalu perjalananku ini.
0

Hey, Don't give up!

I feel nothing right now. How my feeling up and down. the temperature become more hot and i don't know what to do. 
Now everybody seems like wants to go away. So i? feel disappointed. Trying to control everything but i couldn't do that. i can't. I standing alone with no feeling regrets me.

I feel lost but i know somehow it has a hope out there who are willing to help me. Allah..Please help me go through what I must faced it. 

Sometimes we need a help but that help actually couldn't help us and become more worse.
Sadly, I found that no one can help what I'm doing now. Its all on my feed. My decision.

For me, the grow up process it is to learn how life should be. How hard life it is but with ALLAH help our life become smoothly and easy. Awesome right? how ALLAH makes us feel better with only remember ALLAH our heart with full of problems become release step by step.

The point is no one couldn't motivate us. It is about our life so we must motivated our self. Everyone can give some advice and motivation but if ours self also didn't accept that motivation, how the motivation may affect? So, basically it all about our life. Make the self motivation. That is better.

No one can help us. Only OUR SELF can help. Believe me. Allah is never forget us. Don't give up and try get up before it is too late. Come on guys! Get up now and start to think what to do! Not just standing there and looking nothing. Free your mind and set the self motivation. 

All is well. (come from the 3 idiots hindustan movie)
May Allah bless us forever. 

p/s: the movie about student that have to faced many problems such as family, money, friends and more important is the educations system make students feel stress. A lot of morale story.
So if interested, watch it! You never bored.
0

Thesis

The first time i meet her. Actually when i didn't know her. She like ti smiling to all student.
Okay maybe the first time meet is the first expectation.

Tomorrow will the busy day to me to meet the supervisor of my thesis. Hopefully it will be okay.
May Allah show me the way to finish the thesis.
 
0

Salam Maal Hijrah 1433

Salam Maal Hijrah buat semua umat ISLAM. Mari kita RENEW hati. UPLOAD iman dan taqwa. DELETE kemungkaran. REMOVE kekotoran hati. 

Moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas dengan catatan amalan yang berlipat ganda. 

Tahun baru disambut dengan kehadiran stress yang meninggi tapi masih boleh dikawal. 

Tahun baru ini memberi seribu makna. Perubahan akan berlaku. InsyaALLAH.
0

Selamat Datang semangat baru

Assalamualaikum, membuka bicara pagi inin dengan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Mari kita berselawat ke atas baginda moga kita perolehi syafaatnya nanti kelak. Alhamdulillah, Allah masih memberi nafas kepada hambaNYA ini untuk meneruskan hidup. Hidup yang diselang-selikan dengan gembira, sedih, pilu malah mungkin menggugat semangat kita.



Pagi yang penuh mulia dan berkat ini saya akan menceritakan tentang SEMANGAT. Ada apa dengan semangat? InsyaALLAH hari ini saya akan memulakan kembali kehidupan saya sebagai mahasiswi di Kolej setelah sebulan cuti semester. InsyaALLAH bakal menghabisi pengajian tahun hadapan. Baik, kita teruskan lagi. Apakah maksud semangat? Usah dicari dalam Kamus Dewan. Sudah tentu anda tahu bukan definisinya. Saya bukan mahu menerangkan definisi SEMANGAT itu tapi maksud di sebalik semangat itu.

Setiap hari kita akan melalui cabaran dan ujian dari Allah. Namun, bagaimana kita membentuk semangat itu? Bagaimana kita ungkapkan semangat baru itu? Kadang kala kita sebagai manusia sering alpa dan leka dengan mewahnya kehidupan. Kesenangan kehidupan menyumbang kepada kealpaan. Kadang kala bilanya sesuatu musibah datang kita terus mengalah. Tidak mahu berusaha. Kita rasa sudah cukup berusaha. Benarkah? Cukupkah? Bagaimana anda tahu?



Contohnya, seorang pelajar. Dia gagal dalam peperikasaan menyebabkan dia jadi mudah putus asa walaupun sudah beberapa kali cuba. Dia rasa sudah cukup berusaha dan untuk membina semangat baru itu jauh sekali. Jangan! Jangan sesekali berbuat begini. Mungkin usaha kita belum cukup. Mungkin ada perkara yang menyebabkan kita gagal. Apa? Selami dan cari. Mungkin hubungan kita dengan Allah tidak berapa baik. Abaikan solat, melewatkan waktu solat atau mungkin lupa pada ibu bapa kita? oh, anda masih merasa sudah lakukan yang terbaik? Sejauh mana kepastian anda. Saya juga pernah gagal. Boleh dikira lebih lima kali. Sehingga saya melanjutkan pengajian di peringkat IPT (Instusi Pengajian Tinggi) pun masih harungi kegagalan juga. Saya juga pernah hampir berputus asa namun Allah menyedarkan saya dan dari situ timbul mahu membina semangat baru. Bukan mudah setelah kita jatuh tapi boleh. Yakin boleh. 

Fikirkan kenapa kita gagal dan dari situ kita akan cuba perbaiki. Langkah kita harus yakin penuh semangat baru setiap hari. Ada beberapa tips ingin saya kongsi pada sahabat sekalian.
Tips bagaimana membina semangat baru:
  1. Sebelum tidur tunaikan solat sunat taubat serta solat sunat hajat. Setkan minda agar bila bangun esok pagi kita senyum dengan perasaan yang gembira.
  2. Setelah bangun dari tidur, kita akan teringat apa yang kita telah katakan di minda semalam. Tahu kenapa? kerana kita sudah bermuhasabah diri sebelum tidur. Jadi, semangat baru mudah dilakukan.
  3. dengan lafaz bisimillah dan doa mulakan kaki melangkah penuh keyakinan dan semangat untuk ke pejabat,sekolah atau kelas. Disarankan juga membaca ayat kursi dan selawat ke atas junjungan kita Rasulullah s.a.w. 



Tiga perkara di atas mungkin tidaklah sehebat mana yang anda fikirkan namun jika anda lakukan setiap hari insyaALLAH hari anda akan diselimutkan dengan semangat baru. Moga kita menjadi individu yang berjaya dan dirahmati Allah selalu.
Akhir kata dari saya, SELAMAT DATANG SEMANGA BARU. Wallahualam.






Welcome back to new semester will new spirit. Success will  wait the strength. May ALLAH give the permission to do so. 

Akhir kata,  mari mulakan kehidupan dengan semangat baru, kekuatan baru dan azam baru. Wahai kehidupan berjalanlah kau dalam keadaan yang tenang mengharungi lorong hidupa yang mencabar. Sabar dan tawakal kepada ALLAH. Walallhualam.
 
Copyright © Selimut kehidupan