0

Kehilangan.

Sejadah itu aku pandang penuh sayu.
Mengapa? Getar hati dirasakan.
Terfikir di hati ini adakah masih ada ruang untuk aku bersama Allah.
Apa hati ini sudah mengeras?

Tasbih itu aku pandang dengan pandangan yang pilu.
Lalu kuambil. Jari jemari mula menolak butir tasbih itu.
Entah kenapa hati ini mahu terus berbicara dengan Allah.
Ya Allah, masih terbuka kah lagi pintu taubat buat hambaMU ini.
Terkadang hati ini tertanya-tanya adakah aku sudah bersedia?

Bersedia menghadap Ilahi menemui yang menciptakanku.
Aku merasa kehilangan.
Entah kenapa hati ini berasa begitu.
Ya Rabb yang maha agung, berikan aku kekuatan untuk terus mencintaiMu.

Benarkan aku menerima cintaMU.
Benarkan hati keras ini lembut menyambut cintaMU.
Benarkanlah Ya Rabb..
Aku merayu.

Hampir setiap malam aku memikirkanMU.
Aku juga takut.
Takut sekiranya aku mengadap tanpa sebarang bekal di dada.
Pulang kepadamu dengan dada yang kosong dipenuhi dosa-dosa.

Aku ingin mencintaiMu.
Benarkanlah.
Sebelum hati ini mencintai makhluk ciptaanMu.
CintaMu ku raih.
Kasih dan sayangMu ku pinta.
Belas kasihanMU ku tagih.

Ampunkan aku Ya Rabb.
Lembutkan hatiku supaya menjadi hambaMU yang soleha.
Teguhkan iman di dadaku.
Jangan sesekali ia jauh terjatuh.

Bantulah aku Ya Rabb.
Demi mencari 'kehilangan' yang aku rasa.

0

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran | iluvislam.com + discover the beauty of islam
 
Copyright © Selimut kehidupan